Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Agihan Pendapatan ASN2 3.45 Sen Seunit


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 3.45 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015.

Dengan mengambil kira pelaksanaan pecahan unit sebanyak satu unit untuk satu unit pegangan kepada pemegang unit ASN2 pada 18 Julai 2014, kadar 3.45 sen seunit yang berdasarkan kepada nilai par 50 sen, adalah bersamaan kadar 6.90 sen seunit pada nilai par RM1, iaitu kadar yang diumumkan tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran RM44.15 juta, iaitu peningkatan 135.2 peratus berbanding RM18.77 juta yang dibayar pada 2014.

Beliau berkata, pengagihan pendapatan itu akan dimanfaatkan oleh 19,557 pemegang unit yang melanggan sebanyak 1.28 bilion unit ASN2.

"Sehingga tempoh 26 Jun 2015, ASN2 memperoleh pendapatan kasar RM30.50 juta. Pendapatan dividen diterima daripada syarikat pelaburan menyumbang RM15.92 juta atau 52.2 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala pendapatan daripada jualan saham menyumbang RM10.36 juta atau 34 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Keseluruhan pendapatan
"Selebihnya, RM4.22 juta atau 13.8 peratus daripada keseluruhan pendapatan yang diperoleh ASN2 adalah daripada lain-lain pendapatan," katanya pada sidang media mengumumkan pengagihan pendapatan ASN2 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad sarji berkata, pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai aset bersih ASN2 pada 30 Jun 2015.

Katanya, bagi pemegang unit yang melanggan unit ASN2 menerusi Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.

Sumber : Berita Harian (01 Julai 2015)
Tulisan : Mahanum Abd Aziz


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment