Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN JONGKONG EMAS : RM1.3 Juta Ghaib Gitu Saja


Kuala Lumpur - Seorang ahli perniagaan kerugian RM1.3 juta apabila diperdaya seorang lelaki yang menawarkannya jongkong emas seberat 10 kilogram.

Mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan tertarik membeli jongkong emas seberat 10 kilogram itu yang ditawarkan pada harga diskaun  30 peratus.

Sumber berkata, mangsa yang baru memulakan perniagaan jual beli emas September tahun lalu bersetuju membuat tempahan jongkong emas sebanyak 10 kilogram selepas ditawarkan harga lebih rendah iaitu hampir 30 peratus berbanding harga pasaran.

Difahamkan mangsa yang berusia 29 tahun dari Cheras itu mengenali suspek mengaku sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat jual beli emas tempahan di Klang, Januari lalu, melalui rakan baiknya.

"Suspek itu memberitahu setiap pelanggannya akan menerima tempahan emas berkenaan dalam tempoh antara satu dan tiga bulan bergantung kepada senarai tempahan.

"Syarikat itu turut meyakinkan mangsa kononnya mereka ada menyimpan stok sedia ada sekali gus mempercepatkan proses penerimaan tempahan," katanya.

Menurut, mangsa bersetuju dan menyerahkan bayaran sebanyak RM1.3 juta secara tunai kepada lelaki terbabit.

"Selepas tiba tempoh masa dijanjikan, mangsa yang masih tidak menerima tempahan cuba menghubungi syarikat terbabit bagi bertanyakan bekalan jongkong emas berkenaan.

"Namun suspek memberikan pelbagai alasan tidak munasabah. Mangsa mula bimbang berikutan pelanggan yang sudah membuat bayaran dan tempahan dengan syarikatnya mula 'bising' dan tidak berhenti-henti bertanyakan 'stok'," katanya.

Malah, menurutnya, mangsa tambah tertekan apabila ada segelintir pelanggannya yang menuduh mangsa menipu mereka.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki dia ditipu syarikat berkenaan kerana talian telefon bimbit milik lelaki itu gagal dihubungi.

Susulan itu polis kini sedang melakukan sisatan bagi menyiasat kemungkinan lebih ramai mangsa yang turut diperdaya suspek menggunakan taktik sama.

Sumber : Harian Metro ( 02/05/2015 )
Tulisan : Asmah Rusman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment