Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Bapa Tan Sri, Anak Gengster



"Dua zuriat orang kenamaan kini kembali ke pangkal jalan"

Kuala Lumpur - Status sebagai anak orang kaya berikutan ibu bapa tokoh perniagaan hebat seharusnya menjadikan hidup mereka mudah dan indah, namun entah di mana silapnya, mereka kecundang serta terpesong sehingga menjadi orang kuat kumpulan kongi gelap.

Anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal di Malaysia bergelar Tan Sri yang mahu dirinya dikenali sebagai Aman, berkata, nyata kekayaan yang keluarganya bukanlah pengganti kepada kasih sayang ibu bapa kepada anak.

Menurutnya, kesibukan ibu dan ayahnya dengan urussan masing-masing menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin longgar, lantas mendorong dia mencari haluan lain dengan memilih dunia gengsterisme.
“Saya akui bapa memang dikenali ramai, seorang yang baik dan taat pada agama. Mungkin kerana kesibukan, kami anak-anak seperti diabaikan dan sebagai anak ketiga daripada lima beradik, saya agak bebas. Akhirnya saya bosan dan mula mencari arah baru dalam hidup.  

“Disebabkan saya mendapat elaun untuk perbelanjaan bulanan sebanyak RM5,000, saya mula menyertai kongsi gelap di ibu negara dan diberi peranan untuk menjaga kawasan tertentu.  

"Di situ, saya rasa seronok kerana saya ada ramai kawan, tidak berasa sunyi dan tiada siapa yang menjaga saya,” katanya ketika mendapatkan khidmat nasihat daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.  

Aman berkata, segala tindak tanduknya itu diketahui bapanya, namun dek kerana dia seorang yang keras kepala, tiada apa yang mampu dilakukan orang tuanya itu melainkan memberi nasihat setiap kali berjumpa. 

Katanya, dalam seminggu, dia hanya bertemu bapanya di rumah sekali dua saja, selebihnya masanya banyak dihabiskan di luar rumah bersama-sama aahli kongsi gelap dan rakan.  

"Sebab itu saya rasa, bapa tidak boleh menegur saya kerana kami hanya berjumpa sekejap, itu pun untuk beberapa minit dalam tempoh seminggu. Saya pula inginkan kebebasan dan hidup sendiri tanpa diganggu atau ditentukan bapa,” katanya. 

Bagaimanapun, kata Aman takdir Tuhan menemukan indahnya dengan seorang wanita yang mempunyai latar belakang agama yang baik atas pilihan keluarga.  

“Selepas bertunang dan berkahwin, saya mula berubah dan menyesali perbuatan sia-sia saya.  

“Saya mula terfikir betapa beruntungnya saya mempunyai keluarga bahagia, tiada masalah kewangan dan mempunyai kemampuan untuk belajar agama.  

"Saya malu kerana tidak tahu solat, malah pada peringkat awal, saya menunaikan solat sunat, selepas selesai, saya terus keluar sehingga menimbulkan kehairanan jemaah lain.  

“Rupanya saya yang tidak tahu ia adalah solat sunat, bukan fardhu. Betapa malunya saya kerana tidak tahu yang mana satu sunat dan fardhu. Alhamdulillah, saya dibimbing rakan-rakan dan mula berubah sedikit demi sedikit,” katanya.  

Aman berkata, dia datang ke PPIM untuk mulakan hidup baru selepas terjebak dengan kongsi gelap sejak berumur 18 tahun.  

Nasib sama dilalui seorang lagi pemuda, Fazril, 34, yang turut terjebak dengan kegiatan kongsi gelap dan penyalahgunaan dadah walaupun bapanya yang bergelar Datuk memiliki rangkaian perniagaan di negara ini serta begitu dikenali.  

Katanya, sejak menamatkan pengajian sekolah menengah pada 1996, dia terjebak dengan ketagihan dadah melampau dan tidak dapat memunpu kepada tugasnya sebagai pengarah di salah sebuah syarikat milik bapanya.  

“Saya terbabit dadah pun disebabkan kurang kasih sayang keluarga terutama bapa kerana dia sibuk dengan urusannya. Kami pernah tidak bersua muka selama sebulan dan buat hal masing-masing Kalau berhubung pun melalui ibu dan adik beradik yang lain.  

“Saya diberi kemewahan yang tidak ada pada rakan sebaya yang lain. Pun begitu, saya rasa tidak bahagia dan ingin mencuba sesuatu dengan mengambil dadah," katanya.  

Sumber : Harian Metro (02 Mei 2015)
Tulisan : Yusmizal Dolah Aling

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment