Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bank Negara Kekal OPR 3.25 Peratus


Bank Negara Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras pinjaman pada 3.25 peratus.

Bank pusat itu dalam kenyataannya, berkata keputusan itu dibuat dalam pertumbuhan ekonomi global kekal sederhana dengan momentum pertumbuhan berbeza merentas ekonomi pada suku pertama 2015.

"Meskipun ekonomi maju bertambah baik, kadar pemulihan dalam ekonomi berkenaan terus sederhana dan tidak sekata.

"Bagi ekonomi sedang pesat membangun, walaupun mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan, ekonomi ini masih menyumbang pertumbuhan global yang utama. Di kebanyakan negara asia, pertumbuhan disokong oleh pengembangan permintaan dalam negeri yang berterusan," kata kenyataan berkenaan.

Pada kadar OPR semasa, kata Bank Negara, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

MPC, katanya, akan terus membuat penilaian yang teliti mengenai perkembangan luaran dan dalam negeri serta implikasinya terhadap risiko kepada inflasi dan ekonomi Malaysia.

"Meskipun risiko ketidakseimbangan kewangan terkawal, MPC akan terus memantau risiko tersebut bagi memastikan prospek pertumbuhan keseluruhan yang mapan," katanya.

Ekonomi global meningkat
Melangkah kehadapan, Bank Negara berkata, pertumbuhan ekonomi global dijangka meningkat walaupun kadar sederhana.

Namun demikian, jelasnya, risiko prospek ekonomi global menjadi lebih perlahan adalah berterusan.

"Dalam persekitaran ini, pasaran kewangan antarabangsa akan terus menerima kesan daripada peralihan dalam mudah tunai global dan sentimen pelabur.

"Bagi ekonomi Malaysia, petunjuk terkini menunjukkan bahawa permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan pada suku pertama," katanya.

Pada masa hadapan, Bank Negara menambah, prospek ekonomi Malaysia dijangka kekal pada kadara pertumbuhan yang stabil dengan permintaan dalam negeri terus menjadi pemacu pertumbuhan yang utama.

Walaupun penggunaan swasta dijangka menjadi sederhana apabila isi rumah membuat pelarasan terhadap pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), perbelanjaan pengguna akan disokong oleh peningkatan pendapatan dan guna tenaga yang stabil, katanya.

"Aktiviti pelaburan dijangka dipacu oleh perbelanjaan modal dalam industri berorientasikan eksport, sektor perkhidmatan dan untuk projek infarastruktur. Pelaburan ini akan mengimbangi kesan aktiviti pelaburan berkaitan minyak dan gas yang lebih rendah," katanya.

Dalam sektor luar negeri, Bank Negara berkata, walaupun pertumbuhan eksport akan dipengaruhi oleh harga komoditi yang lebih rendah, eksport perkilangan akan terus mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti ekonomi dalam beberapa ekonomi maju serta pertumbuhan ekonomi Asia yang mampan.

Inflasi pula, katanya, meningkat pada kadar purata 0.7 peratus pada suku pertama 2015 disebabkan oleh harga bahan api dalam negeri yang lebih rendah.

"Bagi baki tempoh tahun 2015, inflasi dijangka meningkat kesan daripada pelaksanaan GST. Ini dijangka diimbangi sebahagian harga global komoditi dan tenaga yang lebih rendah secara keseluruhannya. Inflasi asas dijangka kekal terkawal dalam keadaan permintaan dalam negeri yang stabil," katanya.

Tulisan : Mahanum Abdul Aziz


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment