Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SAMUN JONGKONG EMAS : Lima Suspek Joli Sakan Ditahan Polis



Kuala Lumpur - Lima suspek kes samun kedai emas ditahan polis ketika berhibur di sebuah pusat karaoke mewah di sini dalam serbuan di Jalan Imbi, malam kelmarin.

Lima lelaki terbabit, daripada lapan yang diburu polis, dipercayai menggunakan wang rompakan untuk berhibur di situ.

Cuba larikan diri 
Ketika serbuan jam 7 malam itu, lima suspek terbabit cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas bergelut dengan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata susulan soal siasat ke atas lima suspek itu, polis menahan tiga lagi rakan subahat mereka termasuk seorang wanita yang semuanya berusia antara 22 hingga 30 tahun dalam dua serbuan selain menemui semula 11 jongkong emas yang sudah dileburkan.

“Semua suspek dipercayai terbabit rompakan kedai emas di Jalan Tunku Abdul Rahman, pada 10 April lalu hingga menyebabkan kerugian RM300,000, selain dipercayai melakukan empat lagi rompakan lain serta kejadian samun dan ragut di sekitar Lembah Klang.

“Kita yakin dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun dan rompakan ke atas kedai dan pembekal emas dengan tertangkapnya ketua mereka yang dikenali sebagai 'Capang',” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zainuddin berkata, selain rampasan jongkong emas seberat 1.1 kilogram (kg) polis juga merampas dua motosikal berkuasa besar dan dua kereta Honda Jazz serta PERODUA Myvi yang dipercayai dibeli dengan hasil rompakan.

Siasatan awal mendapati enam daripada lapan yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau kerana terbabit dalam kes samun.

Semua mereka direman lima hari mengikut Seksyen 4, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang 10 April lalu, tujuh lelaki yang menaiki empat motosikal menyamun tujuh dulang barang kemas sebelum melarikan diri ke arah Dataran Merdeka.

Tulisan : Safeek Affendy Razali


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment