Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PENIPUAN KERETA MEWAH : 'Datuk Seri' Putar Alam


Kuala Lumpur - Pengerusi sebuah syarikat menjual kereta mewah terpakai yang mengaku Datuk Seri bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) juga mengaku bergelar Datuk dan rakan mereka ditahan selepas dlsyaki melakukan penipuan dalam urusan jual beli kereta mewah sejak tahun lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia 20 hingga 39 tahun itu ditahan pada 11 Mac lalu di sekitar Lembah Klang susulan 126 laporan polls yang diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Peiabat Polis Daerah Wangsa Maju terhadap syarikat itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, lanjutan daripada tangkapan itu, polis merampas 27 kenderaan mewah pelbagai model bernilai lebih RM10 juta selain mengesan baki kenderaan berkenaan yang dipercayai sudah dijual.

“Siasatan polis mendapati syarikat berkenaan bukan didafkan untuk menjalankan perniagaan jual beli kereta terpakai sebaliknya menjual aksesori kenderaan di Jalan Pahang.

“Gelaran yang dipakai dua suspek juga dipercayai palsu dan tidak dianugerahkan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri, malah kegiatan mereka iuga tidak diketahui lembaga pengarah syarikat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan suspek dikesan selepas mangsa iaitu pemilik asal kereta mewah berkenaan tampil membuat laporan polis mendakwa ditipu syarikat berkenaan.

“Modus operasi suspek adalah menghubungi mangsa selepas melihat iklan kereta mewah yang dimuat naik mangsa di laman web mudah.com menawarkan harga yang tinggi.

“Mereka juga berjanji akan melangsaikan baki hutang yang masih ada dengan pihak bank selain akan menguruskan urusan tukar nama kepada pemilik baru dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya. 

Menurutnya, mangsa bagaimanapun masih menerima panggilan daripada pihak bank meminta mereka menjelaskan ansuran bulanan yang tertunggak di samping menerima saman daripada pihak berkuasa. 

"Selepas disemak, syarikat gagal menguruskan pertukaran hak milik kenderaan dengan pihak JPJ dan apabila diminta untuk menyerahkan kembali kenderaan itu, syarikat memberi pelbagai alasan serta meminta mangsa menjelaskan bayaran yang tinggi untuk mendapatkan semula kereta itu," katanya.

Law meminta mana-mana individu yang sudah membeli kereta mewah daripada suspek atau syarikat berkenaan tampil membuat laporan polis dan menyerahkan kenderaan bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro (29 April 2015)
Tulisan : Asmah Rusman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment