Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 April 2015


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu ini di tengah-tengah spekulasi tempoh masa kenaikan kadar faedah AS, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Jia-Jong, berkata sentimen segatif terhadap emas adalah disebabkan data Indeks Pengurus Pembelian yang akan dikeluarkan oleh Institute of Supply Management yang berpangkalan di Chicago pada Jumaat ini.

Pasaran tempatan diniagakan kebanyakannya rendah bagi minggu yang baru berakhir ini.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, April 2015 turun 64 mata kepada RM136.90 segram, manakala Mei 2015, Jun 2015 dan Julai 2015 susut 55 mata setiap satu masing-masing kepada RM137.35, RM137.85 dan RM138.45 segram.

loJumlah dagangan bagi minggu lalu turun kepada 869 lot bernilai RM12.06 juta daripada 2,091 lot bernilai RM29.85 juta minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka naik kepada 3,315 kontrak daripada 3,157 kontrak Jumaat minggu sebelumnya.

Sementara itu, emas kekal kepada kenaikan semalaman pada Jumaat susulan data ekonomi AS yang bergelut, namun logam itu di ambang kejatuhan tiga minggu berturut-turut ekoran ketidaktentuan bila Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

Spot emas kekal kepada AS$1,194.35 seauns pada 0644 GMT, selepas menambah 0.6 peratus pada sesi sebelumnya susulan data lemah dalam tuntutan pengangguran AS, jualan kediaman dan pembuatan.

Data lemah itu menjejaskan dolar dan memacu emas, namun ia menambah kepada ketidaktentuan berhubung tempoh Fed akan menaikkan kadar faedah pada Jun atau September.

Pelabur emas bimbang kenaikan kadar faedah lebih awal akan mengurangkan permintaan kepada emas, aset tanpa faedah.

Logam berharga itu susut sekitar satu peratus minggu lalu, penurunan mendadak dalam tempoh tujuh minggu.

Pelabur emas juga memantau rapat perkembangan Greece, jika krisis semakin memburuk ia boleh mendorong peningkatan tawaran kepada logam berkenaan.

Canselor Jerman, Angela Merkel pada Khamis berkata, semua perlu dilaksanakan untuk menghalang Greece kehabisan dana sebelum perjanjian tunai dengan pemiutang antarabangsa dimuktamadkan, di tengah-tengah kebimbangan yang memuncak bahawa Athens semakin menghampiri muflis.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment