Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 April 2015


Emas kekal kepada kenaikan semalaman susulan data ekonomi AS yang bergelut, namun logam itu diambang kejatuhan tiga minggu berturut-turut ekoran ketidaktentuan apabila Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah.

Spot emas kekal kepada AS$1,194.35 seauns pada 0644 GMT, selepas menambah 0.6 peratus pada sesi sebelumnya susulan data lemah dalam tuntutan pengangguran AS, jualan kediaman dan pembuatan.

Data lemah itu menjejaskan dolar dan memacu emas, namun ia menambah kepada ketidaktentuan berhubung tempoh Fed akan menaikkan kadar faedah pada Jun atau September.

Tumpuan kini akan beralih kepada mesyuarat dasar Fed minggu depan untuk petanda lebih kukuh bila bank pusat AS akan menaikkan kadar.

"Sekiranya FOMC...terbukti agresif, kami menjangkakan emas jatuh dan memulakan trend menurun baharu kepada AS$1,145," kata Howie Lee, penganalisis di Phillip Futures, yang merujuk kepada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan.

Pelabur emas bimbang kenaikan kadar faedah lebih awal akan mengurangkan permintaan kepada emas, aset tanpa faedah.

Logam berharga itu susut sekitar satu peratus minggu ini, penurunan mendadak dalam tempoh tujuh minggu. Pelabur emas juga memantau rapat perkembangan Greece, jika krisis semakin memburuk ia boleh mendorong peningkatan tawaran kepada logam itu.

Canselor Jerman, Angela Merkel pada Khamis berkata semua perlu dilaksanakan untuk menghalang Greece kehabisan dana sebelum perjanjian tunai dengan pemiutang antarabangsa dimuktamadkan, di tebgah-tenngah kebimbangan yang memuncak bahawa Athens semakin menghampiri muflis.

Peniaga memantau rapat pasaran fizikal Asia untuk mendapat petanda kepada peningkatan permintaan yang mungkin menyokong harga global.

Di China, negara pengguna kedua terbesar dunia, premium mengecil sekitar AS$1 seauns berbanding penanda aras global dari sekitar AS$2 yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment