Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PELABURAN SKIM CEPAT KAYA : Kami Tiada Kaitan Datuk RM 1 Billion


Kuala Lumpur - Sindikit penipuan UFUN Store Co Ltd yang didalangi tiga rakyat Malaysia termasuk seorang yang bergelar 'Datuk Daniel' yang didakwa menipu kira-kira 100,000 orang di seluruh dunia melalui skim cepat kaya turut didakwa menggunakan Bangkok Marina Resort & Spa untuk meraih kepercayaan mangsa.

Bangkok Marina Resort & Spa dikendalikan anak syarikat Thailand Bina Puri yang mana pemilik utamanya firma pembinaan yang berpangkalan di Malaysia.

Media Thailand, The Nation melaporkan bagi mengelak nama syarikat Bina Puri terjejas, semalam penasihat syarikat itu tampil membuat laporan polis menjelaskan keadaan sebenar.

Wakil syarikat itu, Pairat Chanchaikaew semalam tampil mengemukakan dokumen menjelaskan yang syarikat itu tidak bersalah di Bahagian Perlindungan Pengguna Polis Thailand.

Pairat menjelaskan, UFUN pada 2013 membeli 29 peratus saham Bina Puri (Thailand), tetapi tidak menghantar sesiapa untuk mewakilinya dan tanpa penyertaan dalam pengurusan syarikat.

Katanya, cawangan UFUN, Fairuz Co, membeli 100 unit saham dalam Bangkok Marina Resort & Spa dan sejak itu UFUN menggunakan gambar syarikat dan logo mempromosikan pelbagai aktiviti dan pengiklanannya yang menjejaskan syarikatnya.

"Kami sebelum ini sudah memberi amaran kepada UFUN untuk tidak melakukan tindakan ini dan sudah membuat laporan polis.

"Selepas UFUN didakwa akibat penipuan yang dilakukannya, ia turut menjejaskan reputasi Bina Puri di Malaysia," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memburu tiga rakyat Malaysia menjadi dalang penipuan skim piramid membabitkan 14,700 orang mangsa dari Thailand, Malysia dan Indonesia dengan kerugian dianggarkan 10 bilion baht.

Suspek diburu ialah pemegang saham dan pengarah syarikat UFun Co Ltd, Tae Kim Leng, 40, pengarahnya Lee Kuan Ming, 38, pemegang saham dan pengarah Wong Ching Hua, 42, dan pemegang saham dan pengarah syarikat warga Thailand Arthit Pankaew, 47.

Timbalan pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) II Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya memang tahu mengenai sindiket penipuan UFUN Store Co Ltd dan sudah menerima banyak laporan dalam kalangan rakyat tempatan berhubung skim berkenaan.

"Difahamkan, Polis Thailand menjalankan siasatan berhubung tiga individu itu. Mereka belum meminta bantuan daripada PDRM setakat ini.

"Bagaimanapun, sekiranya ketiga-tiga suspek berjaya dikesan di Malaysia, tindakan akan diambil berdasarkan kes mereka yang sudah dilaporkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Sumber : Harian Metro ( 24 April 2015 )
Tulisan : Kalidevi Mogan Kumarappa


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment