Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Khazanah Terbit Sukuk RM100 Juta



Khazanah Nasional Bhd menerusi syarikat tujuan khas diperbadankan, Ihsan Sukuk Bhd menerbitkan bahagian pertama Sukuk Pelaburan Mapan dan Bertanggungjawab (Sukuk SRI) berdenominasi ringgit bemilai RM100 juta, minggu depan.

Ia diterbitkan di bawah Program Sukuk RM1.0 bilion Ihsan, program pertama seumpamanya diluluskan di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mapan dan Bertanggungiawab Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mendapat penarafan awal AAA oleh RAM Rating Services Bhd.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hasilnya digunakan untuk membiayai keperluan Program Sekolah Amanah di bawah kelolaan Yayasan AMIR, pertubuhan bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan Khazanah pada 2010.

Laksana program sekolah 
Katanya, dana itu bagi membolehkan yayasan berkenaan mengurus aliran tunai bagi pelaksanaan program untuk sekolah yang sudah dikenal pasti pada 2015.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, usaha itu bukan sahaja dapat membantu menjayakan matlamat meningkatkan kualiti pendidikan, malah mengangkat lagi status negara sebagai pusat kewangan Islam serantau.

“Sukuk yang disusun menurut struktur 'Bayar untuk Kejayaan' ini akan dinilai menggunakan petunjuk prestasi utama (KPI) selama lima tahun bagi setiap sekolah.

"Sekiranya sasaran KPI berjaya dicapai pada tankh matang, pelabur sukuk akan melupuskan sebahagian jumlah nominal dipersetujui sebagai sabahagian daripada tanggungjawab sosial positif yang dihasilkan program ini.

“Sebaliknya, jika sasaran KPI gagal dicapai, pemegang sukuk layak menerima Jumlah nominal dibayar di bawah sukuk ini sepenuhnya,” katanya pada majlis pelancaran Sukuk SRI di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah, di sini, semalam. 

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; dan Ketua Pegawai Kewangan Khazanah, Mohd Izani Ghani.

Kerjasama awam-swasta
Model kerjasama awam-swasta dalam pendidikan dilancarkan pada 2010 dengan 10 sekolah perintis melalui penubuhan Ya- yasan AMIR, bertujuan membantu meningkatkan prestasi sekolah melalui pengenalan konsep sekolah amanah.

Rangkaian sekolah amanah Yayasan AMIR kini berjumlah 30 setakat Disember 2014 membabitkan kira-kira 20,000 pelajar.

Tulisan : Suffian A Bakar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment