Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 21 Mei 2015



Emas diniagakan di atas paras AS$1,200 satu auns semalam susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan menunjukkan bank pusat AS itu berkemungkinan tidak akan menaikkan kadar faedah Jun depan, selari jangkaan pasaran.

Emas semerta kukuh pada AS$1,209.60 satu auns pada 0658 GMT, selepas menokok 0.2 peratus dalam sesi dagangan sebelumnya.

Minit mesyuarat Rizab Persekutuan bagi April, yang dikeluarkan Rabu, menunjukkan pembuat dasar kewangan AS itu percaya adalah pramatang untuk menaikkan kadar faedah pada Jun.

Pandangan itu selari jangkaan pasaran susulan data ekonomi AS yang mengecewakan.

Minit itu menunjukkan pegawai-peywai Rizab Persekutuan mahukan tempoh kenaikan kadar faedah dilanjutkan kepada lewat tahun ini.

“Emas akan meraih manfaat daripada keputusan Rizab Persekutuan untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah dan paras sokongan emas dijangka akan meningkat," kata Howie Lee, penganalisis di Phillip Futures.
Menaikkan kadar faedah akan melemahkan daya tarikan emas kerana ia meningkatkan kos memegang jongkong emas dan pada masa sama menaikkan nilai dolar, yang mana dolar adalah mata wang komoditi itu diniagakan. 

Harga emas bertungkus lumus melepasi jajaran AS$1,170-AS$1,230 satu auns seiak pertengahan Mac. 

"Sekiranya emas berupaya melepasi AS$1,220, kami berpendapat rali harga yang lebih lama boleh dicapai,” kata Lee. 

Bagaimanapun, sentimen pelabur beralih kepada bearis kebelakangan ini, berikutan harga logam itu jatuh daripada tertinggi tiga bulan yang dicapai awal minggu. 

Aliran keluar SPDR Gold Trust, dana tukaran disandarkan kepada emas terbesar dunia, terus mempengaruhi sentimen pelabur. 

Pegangan dana itu susut 0.41 peratus kepada 715.26 tan pada Rabu, paras terendah dalam empat bulan. 

Kenaikan nilai dolar baru-baru ini turut mengehadkan kenaikan harga emas.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment