Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sindiket Macau Scam Tumpas



Kuala Lumpur - Polis menumpaskan sindiket Macau Scam atau penipuan menerusi telefon yang dikesan aktif sejak tiga bulan lalu selepas menahan 37 warga Taiwan dan China dalam dua serbuan di banglo mewah di Batu Caves dan Taman Rimbunan di sini, semalam.

Serbuan bermula pada jam 3 petang dan berakhir jam 7 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hasil maklumatwam, selain risikan.

Timbalan Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multilmedia JSJK Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din, berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu membabitkan 22 warga Taiwan dan 15 rakyat China.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan seperti komputer riba, telefon bimbit dan kertas mengandungi senarai nombor telefon dipercayai milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini menyewa kediaman mewah bagi mengelirukan pihak berkuasa supaya dapat menjalankan aktiviti tanpa gangguan.

Tipu lebih 50 individu 
"Mereka dipercayai sudah menipu lebih 50 individu di Taiwan membabitkan kerugian lebih RM2 juta dan menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi kerana negara ini memiliki kemudahan internet yang baik," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan dekat sini, semalam.

Menyentuh modus operandi jenayah, Mohd Kamarudin berkata, anggota sindiket mendakwa akaun bank milik mangsa terbabit dengan aktiviti jenayah dan mereka diminta memindahkan wang ke akaun lain. 

"Mangsa mengikut arahan sindiket dengan memasukkan wang ke akaun diberi dan hanya menyedari ditipu selepas sindiket itu gagal dihubungi,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket membawa warga China sebagai pekerja dengan gaji lumayan. 

Guna pas lawatan sosial 
Sebaik tiba di negara ini, katanya, mereka yang menggunakan pas lawatan sosial dipaksa berkerja dengan sindiket terbabit.

Mohd Kamarudin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Imigresen 1956.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment