Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

13 Dalang Penipuan Macau Scam Ditangkap



Kuala Lumpur - Polis menahan 13 individu warga China berusia 20 hingga 48tahun, termasuk tujuh wanita yang mendalangi kegiatan penipuan Macau Scam sejak tahun lalu selepas menyerbu sebuah kondominium mewah di Jalan Yap Kwan Seng, di sini kelmarin.

Mangsa rugi RM10,000 
Serbuan jam 3.50 petang itu dibuat oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, susulan laporan seorang mangsa berusia 31 tahun yang ditipu sindiket itu pada Jun tahun lalu dalam kes yang membabitkan kerugian hampir RM10,000.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata polis turut merampas 11 komputer, lapan telefon bimbit, enam unit peralatan komputer, wang tunai RM570 dan wang tunai mata wang China, Yuan 2,555 (RM1,473) serta pelbagai peralatan untuk kegiatan itu.

"Siasatan awal mendapati sindiket menyewa kondominium mewah itu untuk mengaburi pihak berkuasa. Mereka juga mengupah tukang masak untuk mengelak berhubung dengan orang luar," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), semalam.

Tajudin berkata, kumpulan itu yang turut merekodkan senarai nombor telefon dalam buku nota, menghubungi mangsa secara rambang, menyamar pegawai bank dan mendakwa mangsa mempunyai bayaran tertunggak kad kredit.

"Mangsa diminta menghubungi talian tertentu, kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) tapi sebenarnya berurusan dengan seorang lagi ahli sindiket. Mangsa akan diarah memindahkan wang ke dua akaun yang diberikan sindiket dan hanya menyedari ditipu selepas membuat pemeriksaan di bank berkenaan," katanya. 

Katanya, semua yang diberkas, termasuk lima yang tiada dokumen perjalanan dan masuk negara ini sejak tahun lalu, direman selama tiga hari mulai semalam.

"Kita percaya ramai lagi mangsa sindiket ini dan mereka diminta tampil membuat laporan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sejak awal tahun ini, seramai 68 individu ditahan membabitkan tujuh kes penipuan oleh Macau Scam yang dilaporkan di negara ini," katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment