Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Mei 2015


Emas mengekalkan kejatuhan dua sesi dagangan sebelum ini semalam berikutan prestasi pasaran saham dan nilai dolar mengukuh.

Peniaga pula menunggu data pembayaran bukan perladangan AS bagi mendapatkan petunjuk  berhubung kekukuhan ekonomi dan kesannya ke atas dasar faedah Rizab Persekutuan.

Emas semerta menunjukkan perubahan kecil pada AS$1,185.11 seauns pada 0644 GMT, selepas jatuh 0.6 peratus dalam sesi sebelumnya.

Logam itu di landasan untuk mencatatkan kenaikan kecil 0.5 peratus minggu ini.

Laporan pembayaran gaji bukan perladangan dipantau berikutan ia menyediakan bacaan baik berhubung kesihatan ekonomi.

Ia juga memberi petunjuk bila Rizab Persekutuan akan mula menaikkan kadar faedah.

Data yang mantap akan mendorong Rizab Persekutuan menaikkannya lebih awal, langkah yang dilihat dapat melemahkan permintaan terhadap emas.

"Angka di bawah 200,000 akan menaikkan harga emas kepada AS$1,200," kata Howie Lee, penganalisis di Phillip Futures.

Angka melepasi 230,000 akan menyebabkan harga logam berharga itu jatuh kepada AS$1,170, katanya.

Pasaran pada awalnya menjangka Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar Jun depan.

Bagaimanapun, data ekonomi yang bercampur-campur menyebabkan jangkaan itu ditangguhkan kepada lewat tahun ini.

Kumpulan penganalisis dikaji selidik REUTERS menjangka pembayaran gaji sektor bukan perladangan akan meningkat sebanyak 224,000 pada April.

Faktor lain yang melemahkan harga emas ialah kestabilan dalam pasaran bon dan saham pada Khamis.

Mencerminkan kerisauan pelabur, pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana tukaran perdagangan bersandarkan emas terbesar dunia, jatuh 0.36 peratus kepada 739.07 tan pada Khamis.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment