Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

JENAYAH : Perompak Larikan Barang Kemas, Jam RM70.6 Juta


Cannes - Empat perompak melarikan barang kemas dan jam bernilai 17.5 juta euro (RM70.6 juta) dari butik Cartier di bandar ini hanya beberapa hari sebelum bermulanya satu festival filem terkenal, kata sumber kelmarin.

Bandar Riviera yang menganjurkan festival ekstravaganza permaidani merah itu menjadi sasaran utama perompak yang melakukan kerja umpama lakonan filem ketika pereka barang kemas terkenal memiliki hiasan terbaik untuk menarik selebriti terkenal dunia.

Kebimbangan selepas serangan ke atas majalah satira Charlie Hebdo di Paris mendorong pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan untuk festival itu yang menyaksikan jumlah penduduk bandar itu meningkat tiga kali ganda kepada 210,00 orang.

Rompakan bersiri
Rompakan terbaharu berlaku di butik Cartier di hadapan persiaran tepi pantai dikenali sebagai Croisette.

Sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata, seorang daripada perompak memakai topeng lelaki tua dan memegang sepucuk pistol ketika menyerbu ke dalam kedai, bersama dua lagi rakan subahat yang memakai skaf di muka, sementara lelaki keempat mengawal di luar.

Dua kakitangan dan seorang pelanggan berada di kedai ketika kejadian.

Perompak menyumbat barang kemas dan jam ke dalam sebuah beg kulit dan beg barang kemas yang melarikan diri dalam sebuah kereta Mercedes curi ditemui terbakar di kawasan kediaman lain di bandar ini. ketika bergegeas melarikan diri, beberapa jam tangan mahal jatuh di kaki lima dan ditemui pekedai.

Tidak diketahui jika barangan dicuri itu dibawa khas untuk festival filem terbabit.

Rompakan terbabit adalah sebahagian satu rompakan bersiri pada tahun 2013, kebanyakannya tidak dapat diselesaikan.

Pakar mengatakan agak mudah buat perompak menyeludup permata keluar dari Perancis, mencari penggilap untuk mengubah bentuk dan menjualnya semula.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment