Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Taman Tema Animasi Siap Tahun Depan


Movie Animation Park Studios (MAPS), taman tema berkonsepkan animasi pertama seumpamanya di Asia ysng terletak di Ipoh, akan beroperasi pada suku pertama 2016 apabila fasa pertamanya dijadualkan siap dalam tempoh ini.

Fasa pertama taman tema yang dibangunkan oleh Animation Theme Park Sdn Bhd itu membabitkan pelaburan sebanyak RM450 juta.

Animation Theme Park Sdn Bhd adalah syarikat tujuan khas dengan 51 peratus ekuitinya dimiliki syarikat tempatan, RSG MAPS manakala 49 peratus lagi oleh Perak Corporation Bhd.

Pengerusi dan pengasas RSG, Ramelle Ramli, berkata kerja pembinaan taman tema, yang terletak di tapak seluas 21 hektar berhampiran lebuhraya Utara Selatan itu sudah siap antara 40 hingga 45 peratus.

"Apabila beroperasi kelak, kami menyasarkan kedatangan sehingga 1.5 juta pengunjung setahun dengan 17 hingga 18 peratus daripadanya adalah pelancong luar negara.

"Lokasi taman tema ini adalah strategik kerana sangat berhampiran dengan plaza tol Jelapang, hanya tiga minit dari terminal Ipoh Sentral serta 20 minit dari lapangan terbang serta stesen kereta api. Ia bakal menjadi daya tarikan baharu perhentian keluarga di kawasan utara Semenanjung," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan kerjasama keduanya dengan bersama syarikat animasi tempatan MOSTA yang menghasilkan siri animasi popular Boiboiboy.

Yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park, Darren McLean.

MOSTA menjadi karakter animasi pertama tempatan yang menyertai keluarga animasi MAPS selepas taman tema itu menjalin kerjasama dengan syarikat animasi kedua terbesar dunia, DreamWorks.

Antara karakter animasi popular DreamWorks seperti Mr Peabody and Sherman, The Croods, Megamind serta Casper the Friendly Ghost dijangka akan menjadi antara tarikan utama MAPS apabila beroperasi kelak.

Ramelle yang juga Pengarah Animation Theme Park berkata, secara keseluruhannya MAPS menawarkan sehingga 40 daya tarikan kepada pengunjung, termasuk 23 permainan berkonsepkan animasi.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment