Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 April 2015


Emas berlegar melepasi paras AS$1,200 seauns semalam, didagangkan tidak jauh daripada paras tinggi tujuh minggu selepas meningkatnya jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan menangguhkan kenaikan kadar faedah yang dinantikan tahun ini.

Fed akan mengumumkan minit mesyuarat Mac semalam dan penganalisis berkata, ia kemungkinan sebagai ramalan berhati-hati pengubal dasar terhadap ekonomi AS.

Pada mesyuarat itu, pegawai Fed membuka pintu untuk kenaikan kadar faedah seawal Jun dengan berikrar untuk mengeluarkan perkataan 'sabar' dalam dasar monetarinya.

Namun, prospek ekonomi berhati-hati yang ditunjukkan Fed, menyaksikan emas meningkat bagi tempoh tujuh hari berturut-turut, kenaikan paling lama sejak 2012.

Minggu lalu, data pekerjaan bukan perladangan AS yang suram memberi gambaran bahawa Fed mungkin tidak tergesa-gesa untuk mengetatkan dasar, sekaligus menyaksikan harga emas mencatat paras tinggi tujuh minggu selepas pelabur beralih kepada aset yang kurang berisiko.

"Saya menjangkakan minit mesyuarat ini untuk mengesahkan bahawa Fed akan mengekalkan unjuran perlahan dalam tempoh terdekat dengan unjuran berhati-hati sejajar dengan keadaan ekonomi AS yang tidak bersedia untuk kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat," kata penganalisis pelaburan di Phillip Futures Sdn Bhd, Howie Lee individu yang melihat emas akan mencuba paras AS$1,250 pada suku semasa.

Spot emas stabil pada AS$1,208.95 seauns pada 0643 GMT. Logam berharga itu melonjak ke AS$1,224.10 pada Isnin, paras tertinggi sejak 17 Febuari.

Emas AS untuk penghantaran Jun juga mencatat sedikit perubahan kepada AS$1,209.70 seauns.

Presiden Fed Minneapolis, Narayana Kocherlakota pada Selasa meletakkan kenaikan kadar faedah sebagai 'kes menunggu' sehingga separuh kedua 2016, sehari selepas Presiden Fed New York, William Dudley, berkata tempoh untuk kenaikan itu tidak jelas.

Permintaan fizikal dari negara pengguna kedua terbesar dunia, China kekal lemah selepas premium bagi emas fizikal di Shanghai Gold Exchange hanya melebihi nilai penanda aras global pada Rabu.

"Wujud destinasi pelaburan lain untuk China tinjau selain emas. Ekuiti sedang meningkat dan mereka kini boleh membeli pasaran hadapan bon. Saya tidak melihat mengapa orang ramai patut membeli emas ketika ini," kata Lee.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment