Emas meningkat lebih rendah semalam susulan pemulihan dolar dan saham Eropah yang semakin meningkat.
Namun, ketidaktentuan mengenai tempoh masa kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menyebabkan harga itu hanya berlegar pada paras tertinggi AS$1,200 seauns dalam tempoh tujuh minggu.
Logam berkenaan mencecah paras tertinggi sejak 17 Febuari sehingga AS$1,224.10 pada Isnin, disokong dengan kelemahan dolar selepas data senarai gaji bukan pekerja ladang AS menyebabkan kelewatan peningkatan kadar oleh Rizab Persekutuan yang dijangka tahun ini.
Data pekerjaan AS mengalami pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh lebih setahun, pada Mac.
Spot emas susut 0.2 peratus pada AS$1,211.90 seauns pada 1146 GMT, manakala emas AS bagi penghantaraan Jun jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,211.70 seauns.
Dolar meningkat 0.6 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama, dibantu kadar hasil daripada Perbendaharaan yang lebih tinggi.
Pengukuhan dolar turut menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain, manakala pemulangan bon AS turut mempengaruhi pasaran logam berharga itu.
Emas dijangka berterusan bergantung kepada kenaikan kadar faedah AS yang tinggi, kata Ketua Analisis Activ Trades, Carlo Alberto de Casa.
"Tahap sokongan berikutnya pada AS$1,192 dan kemudian AS$1,182," kata Presiden Bank Rizab Persekutuan New York, William Dudley yang mana kenaikan kadar faedah AS itu adalah yang pertama diadakan dalam tempoh hampir sedekad ini.
Menurutnya, ia adalah tidak jelas dan pembuat dasar perlu melihat kelemahan ekonomi AS yang tidak memberi sebarang tanda terhadap kelemahan yang semakin serius.
Pertumbuhan ekonomi perkhidmatan AS lebih perlahan pada Mac iaitu mencapai paras terendah dalam tempoh tiga bulan.
Bagaimanapun, indeks tempahan eksport berkembang kepada paras tertinggi sejak dalam tempoh lebih dua tahun.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment