Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Ringgit Dalam Aliran Menaik


Kemungkinan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) tidak dinaikkan pada Jun ini mendorong ringgit serta mata wang pasaran baharu muncul untuk meneruskan aliran meningkatnya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Ketua Penganalisis Pasaran Forex Times, Jameel Ahmed, berkata dolar AS berdepan dengan tekanan jualan pusingan kedua selepas perangkaan utama, iaitu gaji pekerja bukan ladang AS berada di bawah 200,000.

Beliau berkata, dolar AS dijual secara meluas berbanding rakan dagangannya selepas ekonomi terbesar dunia itu hanya menjana 126,000 peluang pekerjaan tambahan yang mana adalah sesuatu di luar jangkaan pada bulan lalu.

Keadaan itu, katanya, sekaligus menguatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS tidak akan menaikkan kadar faedah pada Jun ini.

Malah, jelasnya, perangkaan pekerjaan AS yang lemah itu juga mengukuhkan jangkaan bahawa bank pusat AS itu akan menangguhkan rancangan menaikkan faedah di negara itu sekurang-kurangnya pada September ini.

Berita baik
"Jangkaan kenaikan kadar faedah AS dilanjutkan adalah berita baik kepada bank pusat pasaran mata wang baharu muncul kerana keredaan jangkaan kenaikan kadar faedah itu akan mengurangkan tekanan pengeluaran modal mengejut daripada ekonomi ini.

"Melihat kepada carta, mata wang Mexico, Turki dan Russia meraih manfaat daripada kelemahan dolar AS. Saya juga menjangkakan mata wang baharu muncul terus mengukuh dalam tempoh beberapa hari akan datang, yang mana akan meningkatkan momentum positif bagi renminbi, ringgit, rupee (India) dan rupiah (Indonesia)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jameel berkata, reaksi pelabur terhadap perangkaan itu juga menarik untuk dilihat kerana emas tidak mengambil kira perkara itu, meskipun mata wang dan minyak mentah meningkat.

Keadaan itu, katanya, sebenarnya mencadangkan risiko terhadap sentimen daripada pelabur selepas laporan pekerjaan itu.

Ringgit ditutup tinggi
"Sementara saya difahamkan bahawa cuti sambutan Good Friday dan kebanyakan peniaga menyambutnya, saya mendapatinya ia sangat menarik kerana kelemahan pembayaran gaji bukan ladang itu kekal tidak mampu untuk mendorong euro dolar AS untuk melepasi paras halangan degilnya pada paras 1.1050 dan pound berbanding dolar AS untuk melepasi paras 1.50.

"Soalan ini mungkin akan ditanya sama ada siling sudah dicapai untuk kedua-dua pasangan mata wang, tetapi saya ragu-ragu ketika ini untuk euro dan melihat potensi untuk rintangan degil dilepasi jika terdapat satu lagi jualan meluas dolar AS," katanya.

Jameel berkata, prospek untuk pound berbanding dolar AS lebih lemah, didorong oleh kebimbangan terhadap pilihan raya United Kingdom.

Pada jam 5 petang semalam, ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS pada paras 3.6300/6330 berbanding 3.6680/6720.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment