Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Rizab Mata Wang Asing Menyusut


Peningkatan sedekad rizab mata wang asing bank pusat global menghampiri penghujungnya.

rizab global menyusut kepada AS$11.6 trilion pada Mac daripada paras rekod AS$12.03 trilion yang dicatatkan pada Ogos 2014, menghentikan peningkatan lima kali ganda yang bermula sejak tahun 2004, demikian mengikut perangkaan yang dikumpul Bloomberg.

Walaupun kejatuhan mungkin berlebihan kerana pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) mengurangkan nilai rizab mata wang lain seperti euro, ia masih menunjukkan perubahan selepas bank pusat, dengan kebanyakan mereka adalah negara sedang membangun seperti China dan Russia, meningkat secara purata AS$824 bilion kepada rizab setiap tahun beberapa dekad lalu.

Selain menjadi lambang peranan dolar AS sebagai mata wang utama dunia, kejatuhan rizab mempunyai beberapa kesan potensi bagi pasaran global.

Ia mungkin membuatkan negara pasaran baharu muncul kesukaran untuk merangka bekalan wang mereka dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, ia akan menambahkan kepada penyusutan euro dan mungkin menjejaskan permintaan bagi bon Perbendaharaan AS.

"Ia adalah cabaran besar bagi pasaran baharu muncul," kata bekas Ahli Ekonomi Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang juga pengasas bersama SLJ Macro Partners LLP yang berpengkalan di London, Stephen Jen dalam temubual menerusi telefon.

"Mereka kini memerlukan lebih banyak rangsangan. Benih sudah ditabur untuk turun naik pada masa hadapan," katanya.

Tanpa mengambil kira kesan daripada pergerakan turun naik tukaran asing, Credit Suisse Group AG mengunjurkan bahawa negara sedang mebangun, yang menguasai kira-kira dua pertiga rizab global, tertinggi sejak krisis kewangan global pada tahun 2008.

Jual mata wang
China, pemegang rizab terbesar bersama dengan pengeluar komoditi menyumbang kepada kebanyakan kejatuhan kerana bank pusat menjual dolar AS untuk mengimbangi aliran keluar dan meningkatkan nilai mata wang mereka.

Kiraan Bloomberg mendapati mata wang pasaran baharu muncul jatuh 15 peratus berbanding dolar AS dalam tempoh beberapa tahun lalu.

China mengurangkan stok simpanannya kepada AS$3.8 trilion pada Disember daripada paras tertinggi AS$4 trilion pada Jun, demikian mengikut perangkaan bank pusat negara itu.

Bekalan Russia jatuh 25 peratus beberapa tahun lalu kepada AS$361 bilion pada Mac, sementara Arab Saudi, pemegang ketiga terbesar selepas China dan jepun, rizabnya jatuh AS$10 bilion kepada AS$721bilion sejak Ogos.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment