Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 April 2015


Emas meningkat kepada dua sesi berturut-turut dengan ia didagangkan hampir tiga minggu pada Isnin selepas data pekerjaan AS meningkat kepada paras paling perlahan dalam tempoh lebih setahun, memacu jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menangguhkan kenaikan faedah yang amat dinanti-nantikan.

Kadar pekerjaan bukan perladangan AS meningkat 126,00 pada Mac, kurang dari separuh yang dicatatkan Febuari dan kenaikan paling kecil sejak Disember 2013, kata Jabatan Buruh pada Jumaat.

Ia menamatkan kenaikan 12 bulan berturut-turut melebihi 200,000 - coretan lama sejak 1994.

Ia meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat AS untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah yang diramalkan penganalisis pada Jun atau September, di tengah-tengah petanda daripada Fed yang bersedia untuk mengetatkan dasar monetari dalam usaha untuk memperkukuhkan pasaran buruh.

"Saya berpendapat orang ramai merasa selesa untuk emas sejak sekian lama selepas data pekerjaan," kata Yuichi Ikemizu, pengurus cawangan Standard Bank di Tokyo.

Spot emas naik 0.5 peratus kepada AS$1,216.15 seauns pada 0632 GMT. Emas mencatatkan sesi tinggi AS$1,218.45, menghampiri kemuncak tiga minggu iaitu AS$1,219.40 yang dicapai pada 26 Mac.

Emas AS untuk penghantaran Jun menokok 1.3 peratus kepada AS$1,216.80 seauns.

Kelewatan kenaikan kadar faedah pertama AS sejak 2006 akan menjadikan emas sebagai aset selamat.

Dolar yang terjejas selepas pelabur meningkatkan pertaruhan untuk menekan kenaikan kadar faedah, membuatkan emas yang didominasi dolar lebih murah kepada pemegang mata wang lain.

Sama ada emas mampu melonjak kepada AS$1,300 - paras yang dicapai kali terakhir pada Oktober, bergantung kepada pergerakan dolar, kata Ikemizu.

Fed mungkin akan menangguhkan kenaikan kadar faedah selepas laporan pekerjaan pada Jumaat, kata Mizuho Bank.

Logam berharga lain turut meningkat. Spot palladium melonjak 1.8 peratus kepada AS$753.96 seauns dan platinum naik 1.2 peratus kepada AS$1,168.50 seauns selepas mencecah paras tinggi satu bulan sebanyak AS$1,177.50 sebelum ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment