Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KWSP Salur RM86b Kepada Pengurus Portfolio Luaran


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyalurkan sejumlah RM86 bilion kepada pengurus portfolio luaran setakat 31 Disember 2014, meningkat 19 peratus berbanding RM72 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Jumlah peruntukan itu dilaburkan masing-masing dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap yang mewakili 14 peratus daripada jumlah pelaburan aset KWSP.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata pelaburan menerusi pengurus portfolio luaran adalah sebahagian daripada strategi mempelbagaikan pelaburan dan menunjukkan sokongan KWSP terhadap pembangunan industri pengurusan aset di Malaysia.

"Sebagai sebuah data persaraan, strategi pelaburan KWSP sentiasa konservatif dengan pelaburan jangka panjang. Dalam usaha memenuhi jangkaan ahli terhadap pulangan yang menggalakkan, suasana kadar faedah yang rendah akan memberikan cabaran besar kepada KWSP.

"KWSP berpegang teguh dengan objektifnya memberikan pulangan benar sebanyak dua peratus untuk purata tiga tahun berturut-turut dan terus meneroka aset yang memberikan pulangan lebih tinggi, seperti ekuiti dan aset benar termasuk mempelbagaikan pelaburan menerusi pendekatan kelas aset yang pelbagai," katanya berucap sempena Majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2014 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada Majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luaran 2014, sebanyak 18 anugerah disampaikan kepada pengurus portfolio luaran yang cemerlang.

Antara anugerah yang disampaikan termasuk Pengurus Portfolio Pendapatan Tetap Domestik Terbaik Tahun 2014, Pengurus Portfolio Ekuiti Domestik Terbaik Tahun 2014 dan Pengurus Portfolio Ekuiti Etika Antarabangsa Terbaik bagi Asia (tidak termasuk Jepun), ASEAN (tidak termasuk Malaysia) dan Negara Maju.

Mengulas mengenainya, Samsudin, berkata majlis anugerah itu untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang pengurusan portfolio luaran KWSP.

Katanya, KWSP meletakkan standard tinggi ke atas prestasi menyebabkan pengurus portfolio luaran perlu terus memberikan sepenuh komitmen untuk menguruskan dana dengan berhemah.

Tingkat dividen
"KWSP juga gembira atas pencapaian mereka kerana turut membantu meningkatkan dividen tahun 2014 ke 6.75 peratus, iaitu kadar tertinggi sejak tahun 2000," katanya.

Selain itu, menyedari kepentingan kewangan Islam yang kian meningkat dalam pasaran kewangan, beliau berkata, KWSP juga menambah dua kategori anugerah, iaitu Pengurus Portfolio Sukuk Global Terbaik dan Pengurus Portfolio Ekuiti Syariah Antarabangsa Terbaik untuk Asia (tidak termasuk Jepun) dan Negara Maju sebagai ganjaran kepada pengurus dana yang mencapai prestasi cemerlang dalam menguruskan portfolio Islam KWSP.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment