Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 April 2015


Harga emas menurun untuk sesi ketiga berturut-turut pada Khamis berikutan kedudukan dolar yang lebih kukuh selepas pegawai Rizab Persekutuan menjangkakan kenaikan kadar faedah pada tahun ini, walaupun data ekonomi lemah, baru-baru ini.

Presiden New York Fed, William Dudley dan Gabenor Fed, Jerome Powell pada Rabu menggambarkan senario di mana bank pusat boleh mengambil langkah awal daripada yang dijangkakan banyak pihak dan meneruskan untuk meningkatkan kadar secara perlahan dan beransur-ansur.

Minit mesyuarat Fed pada 17 hingga 18 Mac menunjukkan pegawai mengalu-alukan peningkatan kadar pada Jun, manakala beberapa peserta berkata mereka menjangkakan data ekonomi akan memerlukan peningkatan kadar pada bulan itu.

Harga emas menurun bawah kadar AS$1,200 seauns selepas minit mesyuarat Fed dan maklum balas daripada pegawai dan didagangkan di bawah 0.3 peratus pada AS$1,198.95 seauns pada 1148 GMT.

Harga emas Amerika Syarikat pada Jun menurun $4.00 setiap auns pada AS$1,199.00.

Kontrak semasa logam menurun sekitar 2 peratus sejak mengalami peningkatan tertinggi selama tujuh minggu daripada AS$1,224.10 pada Isnin, selepas data pekerjaan AS yang mengecewakan memberikan jangkaan bahawa Fed akan menangguhkan peningkatan kadar.

Kontrak semasa perak menurun 0.6 peratus kepada $16.34 per auns, manakal platinum kehilangan 0.4 peratus kepada AS$1,159.35 setiap auns dan palladium menurun 0.1 peratus kepada AS$754.85 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam, sejajar kerugian dicatatkan logam berharga itu di COMEX, AS.

Peniaga berkata, pasaran itu dipengaruhi tindakan Rizab Persekutuan AS mengeluarkan data minit mesyuaratnya pada Mac lalu yang membayangkan kemungkinan menaikkan kadar faedah pada Jun ini yang hanya mengukuhkan dolar AS.

"Selain itu, laporan media dalam talian menunjukkan pegangan bagi produk dagangan yang dijamin emas turut berkurangan dan mencecah paras terendah dalam tempoh tiga bulan. Oleh itu kami menjangkakan harga emas akan terus ditekan pengukuhan dolar AS," kata peniaga itu.

Selain ditutup, kontrak April 2015 susut 27 mata kepada RM139.95 segram, Mei 2015 jatuh 28 mata kepada RM140.45 manakala Jun 2015 merosot 42 mata kepada RM141.

Jumlah dagangan sebanyak 138 lot bernilai RM1.94 juta daripada 53 lot bernilai RM0.75 juta kelmarin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 2,950 kontrak daripada 2,841 kontrak, sebelum ini.

Pada jam 5 petang semalam, harga fizikal emas adalah RM135.27 segram iaitu RM1.39 lebih rendah daripada RM136.66 segram, kelmarin.




Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment