Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Stesen Minyak Terpaksa Tutup Operasi



Kuala Lumpur - Beberapa stesen minyak dikesan mula menamatkan operasi berikutan kejatuan jualan yang mendorong keugian besar.

Sumber berkata, penutupan itu terpaksa dilakukan apabila ramai pengusaha tidak berupaya menanggung kos operasi.

“Kebanyakan stesen minyak besar berskala rendah di seluruh negara mulai menghentikan operasi, terutama yang berpendapatan kurang RM10,000 sebulan.

Jualan rendah 
"Masalah dihadapi hampir sama iaitu kadar jualan rendah dan tidak dapt menjana pulangan modal," katanya kepada BH, semalam.

Bagaimanapun, katanya, bilangan sebenar stesen minyak yang ditutup belum diperoleh.

Dalam perkembangan lain di Kuala Terengganu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan akan mengatasi masalah kekurangan bekalan gas memasak, terutama di sekitar Kuala Terengganu dan Paka sejak lebih sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata masalah itu sudah dikemukakan kepada pejabat KPDNKK negeri dan akan ditangani secepat mungkin.

Bertukar-pembekal 
Beliau berkata, kekurangan bekalan gas memasak itu dipercayai berpunca daripada peralihan syarikat pembekal, sekaligus menyebabkan keputusan bekalan.

“Kita akui menerima banyak aduan daripada pengguna berhubung masalah itu dan ia akan ditangani segera. 

“Kekurangan bekalan berpunca daripada peralihan syarikat pembekal daripada Shell kepada PETRONAS. 

“Ketika ini, PETRONAS belum dapat menyediakan bekalan gas memasak mencukupi dan mengalami kekurangan 15,000 tong gas sebulan di pasaran Pantai Timur bermula Januari lalu,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penutupan Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah Tahun (CIPKPS) 2015 peringkat Terengganu di sini, semalam.

Sejak lebih sebulan lalu, pengguna mendakwa terpaksa menunggu dua hingga tiga hari untuk mendapatkan bekalan gas memasak kerana ketiadaan bekalan.

Ia menyebabkan orang ramai terpaksa menempah bekalan gas dan meninggalkan tong kosong di kedai menjual gas memasak.

Tulisan : Muhammad Yusri Muzamir & Nuruljannah Anam 


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment