Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Program Cari Usahawan Baharu ASEAN


Tiga ahli perniagaan terkemuka negara, Tan Sri Tony Fernandes, Datuk Kamarudin Meranun dan Lim Kian Onn, memulakan program mencari bakat baharu usahawan ASEAN untuk diperkembangkan, dibimbing dan dibiayai menerusi Tune Labs.

Program menerusi kerjasama antara AirAsia, Tune Hotels, Tune Insurance dan Tune Money itu menyediakan platform kepada usahawan tempatan dan serantau berpotensi bagi memulakan serta memacu syarikat permulaan menerusi suntikan modal bersama berjumlah RM5 juta.

Mengulas perkembangan itu, fernandes yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, berkata semua peserta akan boleh mengakses kepada infrastruktur dan sistem sokongan kumpulan Tune, selain menggunakan pembangunan teknikalserta perisian sedia ada.

Bimbing pesertta berjaya
Katanya, peserta yang berjaya berpeluang mendapatkan bimbingan mentor daripada beliau dan rakan kerjasama itu untuk menyesuaikan idea mereka mengikut kehendak pasaran semasa.

"Menerusi Tune Labs, kami berusaha menyediakan bimbingan kepada usahawan yang sebelum ini saya sendiri sukar mendapatkannya ketika mula menubuhkan AirAsia.

"Kami ingin membentuk satu persekitaran dan komuniti usahawan yang menggalakkan dan memudahkan usahawan membangunkan idea mereka supaya dapat mencetuskan inovasi yang mengubah kehidupan harian kita," katanya pada sidang media selepas pelancaran Tune Labs di Kuala Lumpur, semalam.

Tune Labs menyediakan dua laluan iaitu program Incubator berkonsep boot camp selama 12 minggu untuk peserta yang memiliki idea untuk diperkembangkan manakala Accelerator menyediakan akses pemohon kepada modal dan kerjasama bagi mempercepatkan perniagaan permulaan mereka meneroka pasaran.

Pasukan pelaburan Tune labs akan diterajui oleh Arun Verma dan Gareth Lim yang memiliki pengalaman luas dalam pembangunan serta penerokaan perniagaan baharu dalam Kumpulan Tune dan AirAsia.

Pada peringkat permulaan program ini hanya menyasar untuk mebangunkan lapan syarikat permulaan dengan tarikh akhir penyertaan pada 20 Mei.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment