Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 April 2015


Harga emas kekal sepanjang minggu sehingga Jumaat dan dijangka menamatkan rali selama tiga minggu, berikutan tekanan oleh jangkaan pembaharuan untuk kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS) tahun ini walaupun data ekonomi perlahan, baru-baru ini.

Logam berharga itu menyerahkan semula keuntungan yang diselamatkan oleh kelemahan laporan pekerjaan AS minggu lalu berikutan pegawai Rizab Persekutuan mencadangkan kenaikan kadar itu pada Jun dan masih boleh dipertimbangkan.

Ia sekali gus turut mengangkat dolar ke paras tertinggi sepanjang tiga minggu berbanding sekumpulan mata wang lain.

Spot emas kekal pada AS$1,194.10 seauns pada 0645 GMT, selepas mengatasi sesi lemah sebanyak AS$1,192.30 pada Khamis.

Logam berharga itu jatuh 1.3 peratus sepanjang minggu ini selepas mencecah paras tinggi sebanyak AS$1,224.10.

Emas AS bagi penghantaran Jun turut mengalami sedikit perubahan pada AS$1,193.90 seauns.

"Perubahan drastik itu memberi harapan kepada rakyat sebagai pendekatan untuk mendapatkan kenaikan kadar yang sebenar," kata Mark To, ketua penyelidik Hong Kong's Wing Fung Financial Group, yang mana turut mempercayai Fed berada pada landasan tepat untuk menaikkan kadar pada Jun.

Data pada Khamis menunjukkan sebilangan rakyat Amerika yang memfailkan untutan faedah baharu bagi pengangguran meningkat kurang daripada yang dijangkakan minggu lalu dan purata pergerakan sepanjang empat minggu mencapai tahap paling rendah sejak 2000.

Ia sekali gus menunjukkan kelembapan mendadak dalam pertumbuhan pekerjaan pada Mac yang mungkin menunjukkan seperti suatu kebetulan.

Pelabur cenderung untuk menolak emas, yang mana tidak ada faedah, apabila jangkaan pasaran menunjukkan kadar faedah AS akan semakin meningkat.

"Sama ada Fed menaikkan kadar pada Jun atau memutuskan untuk menunggu sehingga September tetap dipertikaikan berikutan kita berfikir kenaikan kadar pertama itu akan memberi kemungkinan Fed mengambil tempoh masa untuk melihat kesannya," menurut kenyataan penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment