Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 April 2015


Emas meneruskan kenaikannya atas AS$1,200 seauns semalam, meningkat buat sesi kedua bertur-turut berikutan penurunan dolar serta data pengeluaran perindustrian Amerika Syarikat (AS) yang lemah.

Spot emas menokok 0.3 peratus kepada AS$1,204.76 seauns menjelang 0659 GMT, selepas melonjak 0.7 peratus kelmarin.

Dolar jatuh kepada paras terendah dalam dalam seminggu semalam disebabkan kelemahan data ekonomi AS, walaupun ia kembali pulih daripada penurunan sebelumnya.

Dolar yang lebih lemah menjadikan emas lebih murah bagi pemegang mata wang lain, sambil turut meningkatkan daya tarikan logam itu sebagai pelindung.

Kelemahan dolar menyediatan sokongan kepada emas ketika ia bergerak melepasi purata pergerakan 50 hari teknikal AS$1,198 dan paras sokongan ASS1,200, kata penganalisis HSBC, James Steel.

Bagaimanapun, Steel dan penganalisis lain berkata harga mungkin berdepan tempoh yang sukar bergerak lebh tinggi daripada paras AS$1,200, menyebabkan emas menjadi kukuh dalam tempoh terdekat ini.

Paras AS$1,200 terus terbukti menjadi sokongan dan halangan yang sangat sukar dilepasi. Dalam jangka terdekat kami menjangkakan hargaemas terus berlegar pada paras (ini)," kata penganalisis Phillip Futures, Howie Lee.

Buat masa ini, emas juga mendapat sokongan daripada data yang menunjukkan pengeluaran perindustrian AS mencatatkan penurunan terbesarnya dalam tempoh lebih dua setengah tahun bulan lalu, sebahagiannya disebabtan oleh kemerosotan aktiviti cari gali minyak dan gas.

Laporan kurang mmmberangsangkan itu adalah isyarat terbaharu bahawa pertumbuhan menjadi lebih perlahan pada suku pertama serta membayangkan bank pusat AS mungkin akan menangguhkan kenaikan kadar faedah sehingga hujung tahun ini.

Sebarang penangguhan  kenaikan kadar faedah AS boleh mengukuhkan permintaan bagi emas, sebagai aset tidak menanggung faedah.

Penganalisis mengurangkan jangkaan masing.masing bagi harga emas dan perak tahun ini sehingga tahun depan, selepas logam berkenaan yang terjejas oleh prospek kenaikan kadar raedah AS gagal pulih daripada kemerosotan pada tahun lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment