Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 April 2015


Emas meneruskan kejatuhan semalaman untuk diniagakan di bawah AS$1,200 st untuk mencatatkan kejatuhan minggu kedua berturut-turut disebabkan ketidaktentuan berhubung bila kadar faedah akan dinaikkan Rizab persekutuan AS.

Emas semerta hanya mencatat perubahan kecil pada AS$1,197.36 seauns pada 0327 GMT selepas jatuh 3 peratus pada Khamis.

Logam itu jatuh hampir satu peratus minggu ini.

Jangkaan bank pusat AS akan mula menaikkan kadar faedah Jun depan dinilai semula selepas data ekonominya baru-baru ini menunjukkan kelembapan dan ramai menjangka dasar itu tidak akan diketatkan sehingga September.

"Sehingga data berikutnya dikeluarkan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, kami percaya emas berkemungkinan diniagakan tidak menentu tanpa petunjuk dalam jangka terdekat," kata penganalisis di HSBC, James Steel.

Menambah kepada ketidaktentuan itu ialah ulasan pegawai-pegawai Rizab Persekutuan Khamis lalu yang berbeza pendapat berhubung bila kadar faedah akan dinaikkan.

Pelabur memantau data inflasi AS yang dikeluarkan lewat hari ini bagi mendapatkan lebih petunjuk.

Pergerakan dolar juga akan dipantau. Dolar diniagakan pada paras terendah dalam seminggu berbanding beberapa mata wang utama.

Kejatuhan lanjut nilai dolar akan menolak naik harga emas berikutan jongkong emas dilihat sebagai aset selamat.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment