Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Sindiket 'African Scam' Tumpas



Kuala Lumpur: Polis menumpaskah sindiket 'African Scam' yang bergerak aktif sejak lima tahun lalu selepas menahan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di empat kondominium di sekitar Wangsa Maju, kelmarin dan semalam.

Serbuan yang bermula jam 6 petang kelmarin dan berakhir jam 3 pagi semalam, dijalankan sepasukan anggota Jabatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berdasarkan risikan dan laporan awam.

Kerugian RM1.5 juta 
Siasatan awal polis mendapati sindiket terbabit sudah memperdaya ramai mangsa yang membabitkan kerugian kira- kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata 10 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Filipina berusia antara 28 hingga 35 tahun, ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan mereka di kondominium berkenaan.

Polis turut merampas 17 komputer riba, 18 telefon bimbit, lapan pemacu pena dan sebuah mesin pencetak yang digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka, membabitkan rampasan keseluruhan bernilai RM80,000.

“Siasatan mendapati mereka menyewa kondominium itu sejak beberapa tahun lalu,” katanya pada sidang media di IPD Wangsa Maju di sini, semalam.

Modus operandi sindiket ialah berkenalan secara rawak dengan bakal mangsa menerusi laman sosial Facebook.

Selepas berjaya memperdaya mangsa, sindiket akan meminta pertolongan kononnya barang atau wang tunai yang mereka bawa ditahan di lapangan terbang oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Ahli sindiket yang lain pula akan menghubungi mangsa dan mendakwa kononnya dia pegawai kastam sebelum meminta mangsa membuat bayaran bagi membolehkan barangan atau wang tunai lelaki terbabit dilepaskan.

Mangsa yang terpedaya akan membuat bayaran mengunakan akaun yang diberikan oleh sindiket dan mereka hanya menyedari ditipu selepas sindiket gagal dihubungi.

Mohamad Roy berkata, polis menerima banyak laporan daripada mangsa berhubung kegiatan sindiket di sekitar Selangor dan ibu negara.

“Anggota sindiket didapati menggunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment