Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 April 2015


Harga emas menuju ke 1.8 peratus kejatuhan mingguan semalam, terjejas dengan harapan bahawa usaha diplomatik boleh menenangkan keganasan di Ukraine dan mengukuhkan data ekonomi AS.

Kebimbangan terhadap permintaan yang semakin perlahan dalam kalangan pengguna utama, China dan jualan berterusan daripada dana bersandarkan emas turut menyumbang kepada kejatuhannya sehingga di bawah AS$1,300 seauns.

Dalam dagangan tipis sempena cuti Easter, spot emas tidak berubah pada AS$1,294.80 seauns pada 0920 GMT, manakala niaga hadapan emas untuk penghantaran Jun ditutup 0.8 peratus lebih rendah pada AS$1,293.90 seauns, kelmarin.

Tiada penetapan harga untuk emas London - penetapan harga tanda aras dua kali sehari - pada Jumaat dan Isnin kerana United Kingdom cuti.

Pasaran AS ditutup semalam.

"Harga emas jatuh pada minggu ini sebagai bukti lanjut hasil peningkatan ekonomi AS.

"Apabila ekonomi AS seperti biasa, maka pendebatan di Rizab Persekutuan (Fed) jelas memuncak mengenai bagaimana dan bila untuk menurunkan semula kadar faedah.

"Jika pengukuhan data ekonomi AS meningkat jangkaan terhadap penurunan semula kadar faedah, harga emas sekali lagi akan berada di bawah tekanan," kata Bernard Dahdah, penganalisis Natixis.

Awal minggu ini, Presiden Fed, Janet Yellen mengulangi pendirian dasar monetari yang akomodatif.

Kadar faedah rendah, yang mengurangkan kos untuk memegang emas yang bukan bertujuan untuk hasil berbanding aset lain, telah menjadi suatu faktor penting, memacu harga emas yang lebih tinggi.

Namun kenyataan Yellen itu telah diimbangi oleh data ekonomi AS yang menunjukkan aktiviti meningkat selepas gangguan oleh cuaca musim sejuk yang melampau.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment