Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Tiga Minit Lelong Berlian RM80 Juta



New York: Berlian 100 karat yang ditemui di lombong De Beers, Afrika Selatan dijual dengan harga AS$22.1 juta (RM80 juta) dalam tempuh tiga minit dalam satu acara bidaan di New York, kelmarin. 

Lelongan terbabit dimenangi pembida yang mengambil bahagian melalui panggilan telefon, namun merahsiakan namanya,” kata firma lelongan Sotheby.

Berlian terbesar 
Firma lelongan yang menilai berlian itu antara $19 hingga $25 juta (RM68 hingga RM90 juta), menganggap batu permata ini sebagai 'berlian terbesar dengan potongan klasik yang pernah ditawarkan untuk dilelang'. 

Firma lelongan sudah mempamerkan berlian sama di Doha, Dubai, Los Angeles, Hong Kong, London dan New York dalam usaha menarik pembida membelinya.

Sotheby berkata hanya lima butir berlian berkualiti setanding dengan berat melebihi 100 karat pernah dijual secara lelong. Berlian paling mahal pernah dijual mencecah AS$30.6 juta (RM110 juta) di Hong Kong pada tahun 2013.

Ketua Bahagian Sotheby di New York, Gary Schuler mengumpamakan batu permata ini sebagai 'suatu kesempurnaan'.

“Warnanya lebih putih daripada putih, tiada kecacatan dalaman dan terlalu jernih hanya mampu saya bandingkan dengan sebuah kolam berais,” katanya sebelum menjual batu permata itu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment