Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ASB2 Umum Agihan Pendapatan 7.75 Sen Seunit


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan agihan pendapatan sulung Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) sebanyak 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

Ia membabitkan agihan pendapatan tahunan 7.50 sen seunit dan agihan pendapatan khas 0.25 sen seunit. ASB2 dilancarkan pada 2 April tahun lalu.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran RM92 juta kepada 103,546 pemegang unit dana berkenaan.

Katanya, sokongan dan sambutan pelabur amat menggalakkan sehingga 29 Mac tahun ini, seramai 103,546 pemegang unit sudah melanggan 2.06 bilion unit ASB2.

"Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding prestasi langganan satu tahun tabung unit amanah berharga tetap yang dilancarkan sebelum ini.

Kesedaran melabur
"ASNB berbangga dengan kesedaran tinggi Bumiputera terhadap kepentingan melabur, meskipun berdepan pelbagai cabaran daripada aspek ekonomi serta kos sara hidup," katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapat ASB2 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 29 Mac 2015, ASB2 mencatatkan jumlah pendapatan kasar RM130.6 juta, dengan keuntungan jualan saham menyumbang RM86 juta atau 65.8 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM30 juta atau 23 peratus, manakala baki selebihnya iaitu RM14.6 juta atau 11.2 peratus adalah daripada pendapatan lain," katanya.

Sementara itu, pelabur ASNB berpeluang mendapatkan tawaran harga diskaun RM100 bagi perkhidmatan pengurusan perwarisan unit amanah berkenaan iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah untuk tempoh 1 April hingga 30 April ini.

Hamad Kama Piah berkata, tawaran harga istimewa itu termasuk Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) serta lebih murah berbanding kos biasa iaitu RM180 (tidak termasuk GST) bagi satu kontrak Hibah Amanah atau pengisytiharan Amanah.

"Tawaran harga istimewa itu diberi sempena bulan penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2015) yang dijadualkan berlangsung di Sibu, Sarawak bermula 19 april hingga 27 April ini, katanya.

Sementara itu, mengulas spekulasi bahawa akan berlaku perubahan dalam barisan pengurusan tertinggi PNB, Hamad Kama Piah enggan mengulas lanjut, sambil menyatakan: "Memang saya ada di sini lagi, Inya-Allah."


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment