Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 31 Mac 2015


Harga emas jatuh semalam dan menuju untuk mencatatkan kejatuhan tiga suku berturut-turut disebabkan tekanan pengukuhan dolar AS dan jangkaan Rizab persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Jongkong emas jatuh tiga sen sejak mencecah paras tertinggi tiga minggu melepasi AS$1,200 seauns minggu lalu selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen Jumaat lalu memberi isyarat kadar faedah kemungkinan naik lewat tahun ini.

Kenyataan Yellen itu menamatkan rali harga tujuh hari.

"Kami sudah memaklumkan sebelum ini kenaikan akan berlaku, maka kesannya akan mula dirasai," kata penganalisis di Macquarie, Matthew Turner.

Bagaimanapun, Yellen memperjelaskan kenaikan kadar faedah adalah tertakluk kepada prestasi ekonomi dan beliau membiarkan orang ramai terus meneka.

Emas semerta jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,179.61 seauns pada 0904 GMT, manakala emas AS bagi penghantaran April susut 0.4 peratus kepada AS$1,179.80 seauns.

Harga semerta susut 2.5 peratus setakat ini pada Mac dan menuju untuk mencatat kejatuhan untuk bulan kedua.

Dolar di landasan untuk mencatat prestasi sukuan terbaik sejak 2008 berbanding beberapa mata wang utama, di dorong langkah Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah.

Sebarang kenaikan dalam faedah boleh mengurangkan permintaan bagi aset yang disifatkan lebih selamat seperti emas.

Dolar yang lebih kukuh juga menjadi emas lebih mahal untuk dipegang dalam mata wang asing.

Pelabur menanti data pekerjaan AS Jumaat ini.

Harga perak jatuh 0.9 peratus kepada AS$16.51 seauns, manakala platinum menokok 0.7 peratus kepada AS$1,123 seauns.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment