Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bongkar Kubur Curi Barang Berharga



Penjarah kubur mencuri barangan berharga daripada 17 kubur lama masyarakat Iban di Sungai Kabah, Tada, di sini, semalam.

Kejadian itu yang dipercayai bertujuan mencuri barang berharga yang bersama mayat, disedari oleh seorang lelaki dari Rumah Panjang Tada, kira-kira jam 8.30 pagi semalam, selepas mendapati semua kubur lama berkenaan dibongkar ketika dia mahu mengebumikan mayat seorang penduduk.

Lelaki yang berusia 40-an itu memeriksa kawasan perkuburan terbabit dan yakin kegiatan berkenaan dilakukan dua minggu lalu.

Kubur dalam hutan
“Tanah perkuburan berkenaan terletak dalam hutan, dua kilometer dari Rumah Panjang Tada. Kedudukannya yang agak jauh dari kawasan penempatan memudahkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

“Bagaimanapun, kami tidak pasti barang berharga yang dicuri. Beberapa penduduk sudah membuat laporan di Balai Polis Kanowit,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sepasukan anggota polis kemudian dihantar menyiasat kawasan kejadian mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan, namun setakat ini belum membuat tangkapan.

Tulisan : Muhd Amirul Faiz Ahmad

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment