Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 04 Mac 2015


Emas meningkat sedikit di atas AS$1,200 seauns semalam, selepas dua sesi berturutan mengalami kerugian.

Peningkatan ini dibantu oleh saham Eropah yang lebih rendah tetapi ditampung dengan pengukuhan dolar menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).

Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,204.80 seauns pada 1100 GMT. Logam itu jatuh paras rendah pada satu minggu sebanyak AS$1,194.90 pada Selasa.

Emas AS bagi penghantaran April tidak berubah pada AS$1,203.90 seauns.

"Kami mempunyai banyak acara besar dalam minggu ini dengan data senarai gaji AS pada Jumaat dan mesyuarat ECB esok.

"Jadi, banyak kemungkinan perubahan yang akan berlaku selepas ini," kata penganalisis ABN Amro, Georgette Boele.

Dolar mencecah paras tertinggi sejak September 2003 berbanding kumpulan mata wang utama lain, disokong dengan pengukuhan kadar hasil bon kerajaan AS.

Pengukuhan mata wang AS menjadikan dolar emas lebih mahal berbanding pemegang mata wang lain.

Manakala kenaikan pulangan daripada bon AS adalah negatif bagi logam yang mana pembayarannya tidak dikenakan faedah.

Pasaran emas dipengaruhi pengukuran data AS apabila Rizab Persekutuan mungkin menaikkan kadarnya.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment