Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 Mac 2015


Emas meningkat sedikit semalam, pulih daripada kerugian awal yang menyeretkannya di bawah paras AS$1,200 seauns disebabkan dolar jatuh daripada paras tertingginya 11 tahun berbanding sekumpulan mata wang.

Namun, jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) mengehadkan keuntungan logam berkenaan, mengekalkannya di bawah paras tertinggi dalam tempoh dua minggu yang dicatatkan kelmarin.

Emas jatuh paling teruk dalam tempoh lima bulan pada Febuari, dengan Rizab Persekutuan (Fed) dilihat bakal menaikkan kadar faedah buat kali pertama tahun ini sejak kali terakhir melakukannya pada berikutan ekonomi AS yang secara umumnya mengukuh.

Spot emas naik 0.2 peratus kepada AS$1,209.60 seauns pada 0619 GMT selepas jatuh hampir satu peratus lebih awal ke paras terendah AS$1,194.60 pada sesi dagangan itu.

Permintaan kukuh dari China mengekalkan emas di atas paras AS$1,200 seauns sejak minggu lalu, mendaki ke paras tertinggi dua minggu AS$1,223.20 pada Isnin.

Emas AS untuk penghantaran April naik 0.1 peratus kepada AS$1,209.70 seauns selepas jatuh ke AS$1,194.60 seauns.

Dolar AS susut daripada paras tertinggi semalam berbanding sekumpulan mata wang utama, menjadikan aset diniagakan dengan mata wang berkenaan lebih murah untuk pelabur yang memegang mata wang lain.

"Walaupun ramai kurang pasti mengenai bila akan berlaku kenaikan kadar faedah AS, kebanyakan masih sepakat bahawa ia akan berlaku pada tahun ini," kata Mark To, Ketua Penyelidikan di Wing Fung Financial Group, Hong Kong.

Seramai tujuh daripada 17 anggota semasa Fed mereka sekurang-kurangnya mahu pilihan kenaikan kadar faedah dilaksanakan pada Jun, atau secara umum menolak untuk kenaikan awal berikutan jangkaan upah dan inflasi akan meningkat lebih tinggi.

To berkata, beliau menjangkakan emas diniagakan antara AS$1,180 hingga AS$1,220 seauns dalam jangka pendek, dan tidak menjangkakan permintaan daripada pengguna China serta India akan memberikan apa-apa sokongan yang berpanjangan.

"Kita tidak harus mengimpikan bahawa permintaan fizikal boleh menarik logam itu keluar (pada peringkat rendah).

"Di China dan India, kita dapat melihat kemuncak permintaan fizikal emas sudah berlalu," kata To.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment