Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 Mac 2015


Emas didagangkan lebih tinggi semalam menghampiri paras tertinggi dua minggu mengetepikan dolar yang mencecah paras tertinggi beberapa tahun selepas pengurangan kadar faedah di beijing melonjakkan permintaaan di China, iaitu pasaran emas kedua terbesar di dunia.

Kelemahan data pengilangan di China memberukkan lagi dengan kos pinjaman yang tinggi dan permintaan lemah kelihatannya menjadi penyebab bank pusat mengumumkan dasar pelonggaran monetari.

Sebarang sentimen yang mampu melonjakkan perbelanjaan pengguna adalah sangat dialu-alukan kerana ia akan meningkatkan peluang pembelian barang kemas dan jongkong emas," kata Pakar Stategi Mitsubishi Corp, Jonathan Butler.

harga emas naik ke paras tertinggi sejak 17 Febuari kepada AS$1,223.20 seauns dalam dagangan awal dan naik 0.3 peratus kepada AS$1,216.65 pada 1034 GMT.

Ia jatuh 5.5 peratus pada Febuari iaitu kejatuhan terbesarnya sejak September dalam jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah namun mencecah hampir tiga peratus pada tahun ini.

Dolar berakhir 0.1 peratus lebih rendah berbanding mata wang lain namun kekal ditutup pada paras menghampiri 11 tahun tinggi dibantu sentimen pengurangan kadar faedah di China.

Fokus seterusnya bagi pasaran adalah pengumuman data pendapatan bukan hasil ladang AS dan pelancaran kebenaran pencetakkan duit oleh Bank Pusat Eropah.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment