Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 Mac 2015


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan dengan penyertaan pasaran yang kurang memberangsangkan.

Seorang peniaga berkata para pelabur diunjur mengambil sikap tunggu dan lihat mendahului pengumuman beberapa data ekonomi utama dari AS seperti laporan pekerjaan dan indeks pengurus pembelian pembuatan.

"Data yang lebih baik daripada jangkaan boleh memberi tekanan kepada harga emas, meningkatkan spekulasi kemungkinan kenaikan kadar faedah," kata seorang peniaga kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran tempatan diniagakan bercampur-campur, kebanyakannya dipengaruhi oleh pergerakan di COMEX Gold Futures dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen yang membayangkan kenaikan kadar faedah negara itu mungkin ditangguhkan.

Bagi asas Jumaat ke Rabu, Febuari 2015 susut dua mata kepada RM139.60 segram, manakala Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015 menambah dua mata setiap satu, masing-masing kepada RM140.40 segram, RM140.85 segram dan RM140.50 segram.

Jumlah dagangan bagi minggu berkenaan bertambah kepada 635 lot bernilai RM8.72 juta berbanding 269 lot bernilai RM3.72 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat naik sedikit kepada 3,403 kontrak berbanding 3,246 kontrak yang dicatatkan Rabu sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment