Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 Febuari 2015


Harga emas menokok untuk tiga sesi dagangan berturut-turut semalam dan berada di landasan kukuh untuk mengakhiri kerugian empat minggu sebelum ini, disokong permintaan kukuh dari China dan nilai dolar yang lemah.

Bagaimanapun, kenaikan adalah terhad, dengan harapan kenaikan kadar faedah AS ditangguhkan sehingga lewat tahun ini selepas isyarat diberikan Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen.

Emas jatuh lebih tujuh peratus daripada paras tertinggi lima bulan melepasi AS$1,300 pada Januari berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah AS memalapkan logam itu sebagai pelaburan selamat.

Bagaimanapun, ia mendapat sokongan sekitar AS$1,200, disebabkan permintaan daripada China, selaku pengguna kedua terbesar dunia.

"Risiko negatif emas agak terhad kerana minat belian daripada pasaran membangun seperti China akan menyokong harga pada paras rendah," kata Chen Min, penganalisis di Jinrui Futures di Shenzhen.

Premium pada Bursa Emas Shanghai kekal sekitar AS$4 seauns berbanding harga semerta global pada Jumaat, sedikit rendah berbanding awal minggu selepas pembeli China kembali ke dalam pasaran selepas bercuti menyambut Tahun Baru Cina.

Emas semerta naik 0.2 peratus pada AS$1,210.80 seauns pada 0717 GMT, berikutan dolar menerima tekanan selepas mencecah paras tertinggi satu bulan berbanding beberapa mata wang utama dunia.

Jongkong emas menokok 0.7 peratus.

Minat pembeli China menjadi lemah apabila emas berada di atas AS$1,200 seauns, kata Chen, menjelaskan kenaikan terhad dalam harga emas semerta.

"Apabila harga di bawah AS$1,150, pembeli China harus lebih agresif," katanya.

Import emas China dari Hong Kong melantun pada Januari daripada terendah tiga bulan pada Disember, mencerminkan peningkatan permintaan menjelang Tahun Baru Cina.

Emas AS bagi penghantaran April kukuh pada AS$1,210.40 seauns.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment