Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 Febuari 2015


Harga meningkat satu peratus semalam selepas komen daripada Rizab Persekutuan AS yang meningkatkan jangkaan kadar faedah di AS akan dinaikkan buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad.

Peningkatan harga logam berharga didorong oleh pembeli China terus membeli emas selepas cuti Tahun Baru Cina.

Kontrak semasa emas naik 1.1 peratus kepada AS$1,217.95 seauns pada 1015 GMT, selepas mencecah paras tertinggi harian pada AS$1,219.90.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen memberi petunjuk dalam testimoninya kepada Jawatankuasa Perbankan Senat kelmarin bahawa bank pusat AS tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Sejak itu, sesetengah penganalisis menukar jangkaan peningkatan kadar faedah buat pertama kali sejak 2006 akan berlaku pada September ini berbanding Jun sebelum ini.

Harga emas AS bagi penghantaran April naik 1.3 peratus kepada AS$1,217.40 seauns.

Premium di Bursa Emas Shanghai kekal kukuh sekitar AS$4-$5 seauns berbanding harga kontrak semasa global kerana pembeli kembali ke pasaran seleas cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Harga logam berharga lain, perak naik 1.6 peratus kepada AS$16.78 seauns, platinum meningkat 1.5 peratus kepada AS$1,185.99 seauns sementara palladium naik 0.6 peratus kepada AS$808.75 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah sedikit semalam tetapi nilai dolar AS yang semakin lemah membantu mengurangkan kerugian.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Thomas Yew Jia-Jong, berkata pasaran tempatan yang lebih baik dipengaruhi kenaikan semalam di Pasaran Hadapan Emas Comex.

"Harga emas disokong selepas Pengerusi Rizab PersekutuanAS, Janet Yellen membayangkan tiada tindakan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah," katanya.

Selain itu, Yew berkata, permintaan China yang kukuh juga menyokong emas ketika pembeli mula kembali ke pasaran selepas cuti Tahun Baru Cina yang panjang.

Menurutnya, pasaran kini memberi tumpuan kepada beberapa data ekonomi dari AS, dijadualkan dikeluarkan malam ini, yang mungkin memberi dorongan tambahan kepada pasaran.

Ketika ditutup, Febuari 2015, Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015, susut satu mata setiap satu, masing-masing kepada RM139.50, RM140.10, RM140.55 dan RM140.20 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 3,342 kontrak berbanding 3,213 kontrak semalam, manakala jumlah dagangan melebar kepada 254 lot bernilai RM3.5 juta berbanding 80 lot bernilai RM1.1 juta.

Emas fizikal naik enam sen kepada RM135.38 segram.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment