Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 25 Febuari 2015


Harga emas melonjak satu peratus semalam selepas jatuh ke paras terendah dalam tempoh tujuh minggu sebelumnya, apabila Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Janet Yellen memberikan petunjuk fleksibel dalam menaikkan kadar faedah AS.

Nilai dolar menjadi lemah selepas Yellen enggan memberikan pandangan jelas mengenai tempoh Fed mungkin menaikkan kadar faedah.

perkembangan itu mencetuskan rali dalam logam berharga dengan perak meningkat lebih daripada tiga peratus manakala palladium mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam minggu.

Kepualangan China daripada cuti Tahun Baru Cina selama seminggu turut merangsang harga emas, dengan premium di Shanghai Gold Exchange meningkat.

Yellen pada Selasa berkata walaupun Fed bersedia untuk menimbangkan menaikkan kadar faedah mengikut 'asas mesyuarat ke mesyuarat' kenaikannya dijangka tidak akan berlaku untuk sekurang-kurangnya dua mesyuarat yang akan datang.

Emas meningkat memandangkan nada keseluruhan kenyataan Yellen itu 'agak meragukan', kata penganalisis pelaburan di Phillip Futures, Howie Lee.

"Namun, kami tidak merasakan rali ini boleh dipertahankan. Yellen juga menjadikannya jelas bahawa ekonomi AS sedang mencatatkan pemulihan dan beliau akan meninjau untuk menormalkan kadar faedah pada satu masa.

"Dalam jangka panjang, perkembangan seperti itu tidak memberikan keyakinan yang besar kepada harga emas."

Spot emas meningkat satu peratus pada AS$1,211.40 seauns menjelang 0638 GMT, selepas mencecah paras terlemah sejak 5 Januari kelmarin pada AS$1,190.91.

Emas AS bagi penghantaran April menokok 1.1 peratus kepada AS$1,211 seauns.

Lee melihat AS$1,230 sebagai paras rintangan bagi emas, namun menjangkakan logam itu akan menguji AS$1,100 tahun ini.

Kenaikan kadar faedah AS, yang akan berlaku buat kali pertama sejak 2006 mengurangkan daya tarikan ast tidak menanggung faedah seperti emas.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment