Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Rizab Antarabangsa Bank Negara RM385.9 Bilion


Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM385.9 bilion (bersamaan AS$110.5 bilion) setakat 13 Febuari 2015.

Menurut bank pusat itu, paras rizab berkenaan adalah memadai untuk membiayai 7.8 bulan import tertengguh dan 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa
Bank negara berkata, komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (AS$100.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (AS$0.9 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (AS$1.9 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$5.4 bilion).

Jumlah keseluruhan aset Bank Negara adalah RM405.579 bilion.

Aset lain termasuk kertas Kerajaan Malaysia (RM2.325 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.663 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.56 bilion), hartanah - tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM6.989 bilion), kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, semalam.

Modal dan liabilitinya pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM73.399 bilion), mata wang dalam edaran (RM85.974 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM132.832 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM11.362 bilion), deposit lain (RM1.818 bilion), kertas Bank Negara (RM79.858 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM6.819 bilion) dan nilai liabiliti lain (RM13.415 bilion).


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment