Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 Febuari 2015


Emas semalam susut ke paras terendah hampir tujuh minggu apabila pelabur meneliti kepada kenyataan Presiden rizab Persekutuan (Fed), Janet Yellen untuk mencari petunjuk bila bank pusat AS itu mungkin menaikkan kadar faedah.

Jangkaan Fed akan menaikkan kadar faedah tahun ini berikutan isyarat ekonomi AS yang mengukuhkan membendung permintaan terhadap emas.

Namun, pelabur berminat untuk mengetahui sama ada Yellen akan mengikut minit mesyuarat Fed pada Januari, apabila pembuat dasar menyatakan pandangan bahawa mnaikkan kadar faedah terlalu awal boleh merencatkan pemulihan AS.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,199.12 seauns pada 0642 GMT. Kelmarin, logam itu jatuh ke paras harga paling lemah sejak 5 Januari pada AS$1,191.01.

Emas sudah jatuh lebih enam peratus bulan ini, hampir memadamkan kenaikan 8.4 peratus yang dicatat pada Januari dan kejatuhan terbesar dalam tempoh tiga tahun.

"Dengan ekonomi AS yang sihat, yang memberikan dorongan kepada Fed untuk mula menormalkan kadar faedah, ini adalah isyarat yang sangat lemah untuk emas," kata penganalisis OCBC Bank, Barnabas Gan yang menjangkakan harga emas itu pada AS$1,000 pada akhir tahun.

Emas AS untuk penghantaran April susut 0.1 peratus kepada AS$1,199.50 seauns.

"Dengan data baru-baru ini menunjukkan kepada pasaran buruh AS yang menggalakkan, Yellen dijangka kurang teragak-agak untuk menaikkan kadar faedah berbanding yang dicadangkan pada minit mesyuarat Fed bulan lalu.

"Walaupun masih bergantung kepada data dalam menentukan tempoh masa perubahan itu, Fed kelihatan gigih dalam melaksanakan komitmen untuk mengetatkan dasar monetarinya," kata Mizuho Bank dalam satu nota.

Bagaimanapun, sektor perumahan AS masih rapuh, ketinggalan dalam pemulihan ekonomi keseluruhan.

Lebih banyak bukti kelemahan muncul kelmarin apabila data menunjukkan penjualan semula rumah AS jatuh mendadak kepada paras terendah dalam tempoh sembilan bulan pada Januari dalam suasana kekurangan hartanah di pasaran.

Yellen akan membincangkan prospek ekonomi AS dan dasar monetari dalam membentangkan laporan setengah tahunnya di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat semalam, dan kemudian di hadapan Dewan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan hari ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment