Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Febuari 2015


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengalami aliran yang rendah minggu ini berikutan kekurangan berita yang dapat mengerakkan pasaran. kata peniaga.

Ia berkemungkinan besar akan terus lenggang kerana ketiadaan China, pengguna emas kedua terbesar dunia, disebabkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

"Pelabur mahukan lebih banyak petunjuk daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS pada Rabu. Pasaran emas akan mengalami tekanan jika Rizab Persekutuan mula menaikkan kadar faedah mereka seawal Jun," katanya.

Pasaran diniagakan kebanyakannya tingga pada minggu ini yang ditutup pada Khamis dan Jumaat sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Bagi asas mingguan, Febuari 2015 merosot 13 mata kepada RM139.70 segram manakala Mac 2015, April 2015 dan Mei 2015 susut 15 mata masing-masing kepada RM140.30 segram, RM140.75 segram dan RM140.40 segram.

Jumlah dagangan bagi minggu itu berkurang kepada 269 lot bernilai RM3.72 juta berbanding 861 lot bernilai RM12.29 juta, dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pada Jumaat rendah kepada 3,246 kontrak daripada 3,256 kontrak yang dicatatkan Jumaat lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment