Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wayar Emas RM900,000 Ghaib


Seremban - Lima lelaki bersenjatakan kapak melarikan enam kotak wayar emas seberat 33 kilogram bernilai RM900,000 daripada sebuah lori milik syarikat penghantaran barang dalam kejadian samun di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran susur masuk ke Taman Tuanku Jaafar Seremban (TTJS) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi, pemandu lori itu, Mohd Irwandi Abdullah 32, dan seorang pengawal keselamatan disamun lima lelaki ketika mahu menghantar barangan ke sebuah kilang di TTJS di sini.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mereka yang membawa barangan itu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihalang seorang lelaki yang menaiki kereta Toyota Alphard.

Menurutnya, sejurus selepas itu, sebuah lagi kenderaan dinaiki empat lelaki bertindak menghalang lori terbabit sebelum dua lelaki bersenjata kapak menyimbah muka kedua-dua mangsa menggunakan petrol.

"Dalam kejadian berkenaan, tangan pemandu dan pengawal diikat menggunakan wayar sebelum suspek membawa lori bersama mangsa ke Jalan TJ 1/3, TTJS, di sini.

"Pada masa itu, wang tunai RM150, dokumen peribadi dan telefon bimbit pemandu lori dirampas sebelum dia ditinggalkan bersama lorinya di tepi jalan," katanya.

Muhamad Zaki berkata, enam kotak wayar emas itu bagaimanapun dipindahkan suspek yang menaiki kenderaan dan pengawal keselamatan itu turut dibawa bersama.

"Pengawal keselamatan berkenaan ditinggalkan di Kilometer 228, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Simpang Ampat, Melaka sebelum suspek menghilangkan diri," katanya.

Menurutnya, pemandu lori berkenaan juga dibawa memeriksa barangan yang dibawa lari dan pihak kami giat memburu suspek mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata," katanya.

Muhamad Zaki berkata, senapang patah milik pengawal keselamatan itu turut ditemui di tepi longkang berhampiran lokasi lori itu ditinggalkan.

Sumber : Harian Metro
Penulis : Mohd Helmi Irwandi Mohd Nor


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment