Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KES SAMUN JONGKONG EMAS : Kejar Lelaki Bertatu Bunga



"Dua suspek kes rompak wang, jongkong emas RM100,000 ditangkap" 

Bachok - Polis melumpuhkan kumpulan samun bersenjata dengan menahan dua anggotanya di Wakaf Mek Zainab, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rompakan wang tunai dan jongkong emas mencecah RM100,000 di sebuah kediaman di Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, anggota geng samun yang aktif di sini, Tumpat dan Machang itu dikesan di sebuah rumah di Kampung Paya Purnama, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini. 

Bagaimanapun, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat melepaskan tembakan menyebabkan seorang suspek berusia 28 tahun cedera di paha kanan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana cuba merempuh polis dengan Perodua Kembara.

Sebelum itu, suspek yang mempunyai tatu berbentuk bunga di bahu kiri dan rakannya berusia 39 tahun dikejar dari Kampung Paya Purnama ketika mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kediaman dikepung.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pegawai dan anggota menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan samun itu dan melakukan intipan di sebuah rumah di kampung itu.

"Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran polis, mereka melarikan diri dengan memecut laju Perodua Kembara sebelum cuba berpatah balik dan merempuh pasukan ketika di Wakaf Mek Zainab.

"Tembakan dilepaskan kerana tindakan mereka mengancam nyawa pegawai dan anggota polis," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu Disiplin dan Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin-Pemimpin Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad dan Pegawai Pejabat pendidikan Daerah (PPD) Bachok Mohd Faizul Yusoff.

Mazlan berkata, siasatan awal mendapati suspek adalah ahli kumpulan samun yang aktif melakukan kegiatan di sekitar daerah ini, Tumpat dan Machang, malah mempunyai dua lagi rakan yang dapat melarikan diri. 

"Gerakan memburu suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Sementara itu, Majistret Tumpat Ahmad Adha Amir Yasser mengeluarkan perintah tahan reman selama tujuh hari kepada suspek berusia 28 tahun yang cedera di paha kanan.

Suspek ditahan reman bermula semalam sehingga 21 Febuari.

Tulisan : Siti Nor Hidayatidayu Razali & Nor Amalina Alias


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment