Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Telefon Bimbit iPhone 6 RM13 Juta



London - iPhone 6 paling mahal di dunia dipamerkan kepada umum kelmarin dan ia bukan setakat dibuat daripada emas 24 karat, tetapi turut bertatahkan puluhan berlian kecil. 

Harga ditawarkan ialah RM13 juta.

Syarikat Goldgenie bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk luar biasa ini dengan logo Apple dibuat daripada berlian. Sepanjang sisi peranti itu juga dihiasi dengan permata berharga itu.

Antara pelanggannya sebelum ini ialah pelari pecut Usain Bolt, bekas bintang bola sepak David Beckham, penyanyi rap P Diddy.

Pengasas Goldgenie Laban Roomes berkata, "Ini mungkin telefon bimbit paling eksklusif di dunia ketika ini. Nilainya sama dengan sebuah pulau kecil."

iPhone Diamond Ectasy boleh disesuaikan mengikut citarasa pelanggan, dengan pilihan emas, platinum atau kemasan keemasan-merah mawar.

Mereka juga boleh memilih sendiri berlian atau permata lain untuk menghiasinya.

Jika anda tidak mampu untuk memiliki edisi berlian, Goldgenie menawarkan telefon peribadi bermula dari RM53,000.

Ini bukan pertama kali sebuah syarikat menawarkan iPhone mahal terlampau.

Tahun lalu, pereka Alexander Amousu mencipta iPhone 6 emas dengan bertatahkan 6,127 butir berlian untuk seorang pelanggan yang tidak diketahui identitinya.

Logo Apple dengan emas padu juga diletak di belakang dan telefon bimbit itu dijual dengan harga 1.7 juta pound (RM9 juta).


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment