Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Febuari 2015


Emas meningkat pada Jumaat selepas dolar melemah ekoran data AS yang mengecewakan, namun harga menuju ke paras kerugian tiga minggu berikutan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi AS dan harapan daripada perjanjian antara Greece dan pemiutangnya.

Spot emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,225.60 seauns pada 1045 GMT. Logam itu mencapai paras rendah lima minggu iaitu AS$1,216.45 pada sesi sebelumnya, sebelum melantun semula ekoran dolar yang lemah.

Emas AS untuk penghantaran April naik sedikit AS$4.70 kepada AS$1,225.30 seauns.

"Kami berada dalam corak pegangan antara AS$1,150 dan AS$1,300 hanya kerana tiada kejelasan cukup bila Fedakan menaikkan kadar faedah dan apa yang akan berlaku dengan Greece," kata pakar strategi kanan ING Bank.

"Jadi, sehingga kami dapat melihat apa yang akan berlaku dalam jangka masa panjang, emas dijangka kekal dalam julat ini."

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah hari ini susulan kekurangan sokongan belian, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling, berkata permintaan terhadap emas sebagai pelaburan alternatif menurun selepas pengurangan tekanan geopolitik antara Russia dan Ukraine.

Pada penutup, Febuari 2015, Mac 2015 dan April 2015 masing-masing susut 34 mata kepada RM140.35 segram, RM141.05 segram dan RM141.50 segram, manakala Mei 2015 turun 46 mata kepada RM141.15 segram.

Kepentingan terbuka catat penurunan kepada 3,256 kontrak daripada 3,170 kontrak pada Khamis, jumlah dagangan menokok kepada 167 lot bernilai RM2.37 juta daripada 163 lot bernilai RM2.34 juta.

Harga fizikal emas turun RM1.13 kepada RM136.70 segram berbanding RM137.83 segram kelmarin.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment