Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

'Gegar' Premis Pajak Gadai


"Lelaki amuk selepas cuba tebus barang kemas secara percuma tidak dilayan" 

Kota Bharu - Bengang tidak diberikan barang kemas yang dipajak, seorang lelaki berusia 38 tahun berang sebelum bertindak menendang pintu premis pajak gadai itu selain bergelut dengan pengawal keselamatan dalam kejadian di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika lelaki berasal dari Sungai Keladi mahu menuntut sejumlah barang kemas yang dipajak dengan institusi pajak gadai itu secara percuma tanpa dikenakan sebarang caj.

Difahamkan, dia yang juga pelanggan tetap institusi pajak gadai itu mengamuk apabila dimaklumkan petugas perlu membayar sejumlah caj perkhidmatan untuk mengeluarkan barang kemasnya dipercayai bernilai puluhan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, lelaki berkenaan turut menjerit dan menendang pintu premis hingga memaksa pengawal keselamatanmenenangkannya.

"Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila dia bergelut dengan pengawal keselamatan itu menyebabkan mereka menghubungi polis untuk meminta bantuan.

"Sepasukan anggota diketuai Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa Inspektor Jambri Ibrahim pergi ke lokasi kejadian dan terus menahan lelaki berkenaan untuk siasatan.

"Pengurus premis dan pengawal keselamatan itu turut membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, lelaki itu tidak membawa sebarang senjata dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Usaha mendapatkan reaksi premis pajak gadai itu gagal kerana enggan memberi kerjasama.

Kejadian itu turut emndapat perhatian pengguna laman sosial apabila ada pengguna Facebook memaklumkan berlaku rompakan di premis berkenaan dengan perompak masih berada di dalam premis hingga kehadiran polis.

Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlau dan insiden itu juga tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Tulisan : Maiamalina Mohamad Amin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment