Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 16 Febuari 2015


Emas meneruskan kenaikannya bagi sesi ketiga berturut-turut pada Isnin dilonjakkan oleh permintaan kepada aset lindung nilai di tengah-tengah kelemahan dolar dan tidak ketentuan dalam masa depan Greece untuk kekal dalam ahli negara euro.

Harga emas naik 0.5 peratus kepada AS$1,235.50 seauns pada 0746 GMT, selepas kenaikan 0.6 peratus dalam sesi sebelumnya.

Peniaga kini memantau mesyuarat menteri kewangan zon euro di Brussels lewat semalam, bagi mencari persetujuan bersama terhadap kerajaan baru Greece yang berjanji untuk menghentikan program menyelamat antarabangsa terhadap Greece.

Jika mesyuarat itu tidak dapat mencapai kata putus, maka wujud kebimbangan Greece akan berdepan dengan tekanan runtuhan kredit yang berisiko membawanya keluar daripada zon euro.

"Kebimbangan kepada rundingan Greece bersama pemimpinnya akan terus memberikan sokongan kepada permintaan aset lindung nilai seperti emas," kata penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.

Logam itu juga memperoleh sokongan daripada kelemahan dolar, selepas jatuh pada Jumaat susulan pengumuman data sentimen pengguna AS yang menjunam secara mengejut pada Febuari daripada paras 11 tahun tertingginya.

Dolar yang lemah menyebabkan pegangan emas lebih murah bagi mata wang lain.

Bagaimanapun sentimen terhadap emas kekal menurun dengan unjuran dolar akan kekal dengan corak menaiknya apabila ramai pelabur terus meletakkan harapan kepada Rizab persekutuan menaikkan kadar faedah tahun ini.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment